OMG
15 MISTERI DUNIA AKHIRNYA TERBONGKAR
Seperti Bigfoot atau Raksasa Loch Ness, terdapat banyak misteri dunia dan fenomena pelik berterusan menghantui kita sejak dulu sehingga kini. Misteri yang tidak pernah terungkai sejak berabad-abad lamanya menjadi isu pendebatan dari generasi ke generasi. Ada yang benar, ada yang direka-reka dan ada yang telah ditokok tambah.
Seiringan dengan kemajuan teknologi di abad ke 21 kini, sesetengah misteri yang menghantui kita sejak dulu lagi sedikit demi sedikit terungkai, terima kasih kepada Sains dan Teknologi yang membantu 'menjawab' segala kekusatan ini sejak berabad lamanya.
Dibawah Pot Pet Info menyenaraikan 15 kejadian misteri yang pernah menggemparkan dunia kini akhirnya terbongkar.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....
_______________________________________________________________________________
Misteri
Pada sekitar tahun 2007, pengumpul buku-buku lama, M.C Lang dari Universiti Perpustakaan Chicago menerima derma sebuah buku catatan lama dengan gabungan tulisan dalam bahasa Perancis purba dan tulisan misteri. Tulisan misteri itu hanya muncul pada 20 helaian saja di dalam buku "The Odyssey" edisi 1504 itu. Siasatan oleh pihak perpustakaan hanya dapat mengesan ia ditulis dengan tangan dalam bahasa Perancis purba pada pertengahan abad ke 19 saja. Mereka tidak dapat membaca "tulisan misteri" itu yang digelar sebagai The Odyssey Code."The Odyssey" merupakan buku sastera tentang pengembaraan wira Odysseus selepas Perang Trojan. Catatan tangan yang ditulis dalam bahasa Perancis purba ini digubal oleh ahli sasterawan terkenal, Homer pada abad ke-8. Ia merupakan sekuel kepada siri "The Iliad" yang menceritakan tentang peperang epik Yunani terkenal.
Ramai pengkaji bahasa dan sejarah cuba untuk membongkari rahsia The Odyssey Code itu. Siapakah yang menulisnya? Bahasa apakah ini? Apa yang cuba 'si penulis itu' catatkan? Pihak Perpustakaan Universiti Chicago menawarkan 1000 Dollar kepada sesiapa saja yang dapat memecahkan kod-kod ini selepas sekian lama ia diselubungi misteri.
Misteri Terungkai
Akhirnya, seorang jurutera komputer dari Itali yang meminati bidang sastera tampil ke hadapan dan mendakwa dia sudah dapat memecahkan kod-kod (breaking the code) yang membingungkan itu.Daniele Metilli yang bekerja sebagai jurutera komputer di Universiti Pisa dapat mengenal pasti bahawa tulisan-tulisan misteri itu adalah satu sistem tulisan ringkas (shortform) dan simbol yang direka sendiri oleh seorang tokoh ilmuan Perancis pada abad ke-18, Jean Coulon de Thevenot. Tiada apa yang misteri pada tulisan itu, ia hanya ringkasan yang ditulis Jean ditepi buku sastera Homer bagi memudahkan dia membaca dan membuat catatan.
Selepas sekian lama diselubungi misteri 'The Odyssey Code', akhirnya Metilli dapat menyelesaikannya dan menerima hadiah sebanyak 1000 Dollar daripada Universiti Chicago oleh Lang kerana berjaya membongkari misteri kod itu.
Kes ini akhirnya ditutup.
Misteri
Crop Circles adalah fenomena misteri yang melanda Britain sejak 1980an lagi apabila satu kejadian misteri berlaku di ladang Barli di sana selepas muncul corak dan simbol misteri di atas ladang-ladang barli dan jagung mereka. Simbol-simbol ini hanya boleh dilihat jelas dari atas dengan menggunakan helikopter atau kapal terbang. Kejadian ini banyak berlaku di ladang-ladang berhampiran Stonehenge menguatkan lagi dakwaan orang ramai bahawa ia adalah satu mesej daripada Aliens.Para pengkaji Paranormal membuat rumusan bahawa fenomena ini bukanlah satu kejadian semula jadi atau dibuat oleh manusia kerana kerumitan membuatnya dalam satu malam. Sesetengah para petani di sana mendakwa melihat satu cahaya misteri ditengah-tengah ladang mereka ketika lewat malam dan Crop Circles akan muncul dilokasi yang sama pada keesokkan harinya. Video-video piring terbang mula viral di media pada tahun 1980an apabila ramai para petani di sana berjaya merakam kejadian Crop Circles yang didakwa mereka berlaku di depan mata.
Misteri Terungkai
Apakah yang menyebabkan berlakunya kejadian ini?Ketika kejadian Crop Circles mula-mula berlaku di Britain, tiada para Saintis yang turun untuk merungkai kejadian misteri ini, dan rumusan yang dibuat selama ini hanyalah daripada para pengkaji paranormal yang sememangnya obses dengan kewujudan Aliens.
Pengakuan Bower dan Chorley merungkai segala misteri tentang Crop Circles |
Pada tahun 1991, dua orang rakan karib, Bower dan Chorley tampil buat pertama kalinya di media dan mendakwa Crop Circles yang selama ini menjadi misteri adalah hasil karya mereka berdua. Mereka terpaksa membuat pengakuan selepas kajian terhadap fenomena ini mula dipandang serius oleh pihak tertinggi Britain pada awal 1990an.
Pengakuan mereka dikecam oleh orang ramai yang masih tidak percaya bagaimana ia dibuat hanya oleh dua orang lelaki yang berbadan kecil dan siap dalam semalaman di dalam suasana yang gelap.
Bower dan Chorley bersetuju untuk membuat satu Crop Circle di sebuah ladang dan disaksikan oleh orang ramai. Hanya berbekalkan lampu suluh kepala, pita pengukur, papan dan tali, Bower dan Chorley berjaya menyiapkan satu Crop Circle yang kompleks hanya dalam masa beberapa jam sahaja. Video-video piring terbang yang pernah viral suatu ketika dulu disahkan para pengkaji adalah palsu.
Crop Circles hanyalah karya seni dua sahabat dan bukanlah mesej daripada Aliens. Kes ini akhirnya ditutup.
Misteri
Pada awal kurun ke 20, beberapa orang perompak artifik lama membongkari sebuah kubur lama yang berusia 1,500 tahun di Sungai Magdalena yang dipercayai dimiliki oleh Tamadun Pre-Columbian yang dikenali sebagai Puak Tolima. Mereka menjumpai banyak replika-replika emas kecil yang berukuran 2-3 inci. Kebanyakkan replika-replika itu bermotifkan serangga, ikan dan haiwan-haiwan kecil. Bagaimana pun 10 daripada replika-replika itu berbentuk seakan-akan seperti kapal terbang jet moden!Para pengkaji sejarah percaya puak Tolima membuat patung-patung itu berpandukan pada benda-benda yang ada di sekeliling mereka seperti katak, ikan dan serangga.
Adakah ketika 1,500 tahun lampau, ada Aliens yang datang melawat puak Tolima dengan kapal terbang jet lalu menjadi inspirasi buat mereka untuk membuat 'objek-objek' terbang itu? Misteri itu menjadi pendebatan yang lama.
Misteri Terungkai
Misteri Jet Tolima ini pernah diceritakan dalam dokumentari Ancient Aliens yang percaya bahawa ia adalah replika kapal terbang purba puak Tolima atau Jet Aliens. Kenyataan mereka disangkal oleh para pengkaji sejarah dan ketamadunan Tolima. Menurut pengkaji sejarah, puak Tolima adalah puak 'yang berseni' dalam menghasilkan karya-karya mereka.Replika haiwan-haiwan kecil yang dibuat mereka diubah suai daripada "rupa yang realistik" kepada rupa yang lebih "berseni dan bercorak-corak". Secara logiknya, jika replika lain menjadikan haiwan-haiwan liar sebagai subjek rujukan puak Tolima, kenapa tidak kepada replika kapal jet itu?
Diinspirasi daripada sejenis ikan spesies Catfish dan bukannya Jet Aliens |
Misteri
Misterinya bermula pada 12 Julai 2008 apabila Jenna Hewitt, 26 dan tiga rakannya menjumpai satu bangkai haiwan misteri terdampar di Pantai Ditch Plains, Montauk, New York. Kerana bentuknya yang tidak menyerupai mana-mana haiwan, Jenna mengambil keputusan untuk mengambil gambar haiwan berkenaan dan berkongsi di media sosial, Ia menjadi viral dan hangat diperkatakan.Ramai percaya ia adalah Aliens atau haiwan mutan hasil daripada eksperimen rahsia yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Ketika Jenna ditemubual oleh wartawan, dia tidak tahu apa yang telah terjadi kepada bangkai tersebut selepas ia diambil oleh seorang lelaki misteri pada hari yang sama. Ketiadaan bangkai tersebut menyukarkan lagi para pengkaji untuk menentukan spesies sebenar haiwan berkenaan.
Misteri Terungkai
Hanya bergantung dengan beberapa keping gambar, Pakar Palaeozoologist, Darren Naish percaya ia adalah bangkai seekor Raccon berdasarkan bentuk tengkorak dan tangan depan makluk berkenaan. Berkenaan dengan mulut hadapan seakan-akan seperti paruh kura-kura, Darren percaya ia berlaku kerana ketiadaan gigi hadapan Raccon.Montauk Monster hanyalah seekor Raccoon |
Dengan niat untuk suka-suka, mereka meletakkan bangkai Raccon tersebut di atas sebuah pelampung kanak-kanak, lalu membakarnya sebelum ia dihanyutkan ke tengah laut. Ia dilakukan seperti satu upacara pengebumiaan pahlawan Viking. Individu berkenaan meminta maaf dan mengaku ia hanyalah hiburan bodoh saja.
Misteri
Kejadian bangkai haiwan dalam kondusi misteri atau dikenali sebagai Cattle Mutilation menjadi satu fenomena mengemparkan buat penduduk Britain pada lewat kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Bangkai haiwan liar dan ternakan seperti lembu, kuda, kambing, babi, arnab, rusa, kucing dan anjing dijumpai dalam kondusi yang misteri dan aneh. Bangkai-bangkai haiwan berkenaan dijumpai tanpa setitik darah dan kehilangan organ dalaman - dengan ketiadaan telinga, biji mata, lidah, kemaluan, organ dalaman dan rektum.Tiada kesan pembedahan ketara dijumpai pada bangkai itu. Pemotongan yang teliti disekitar mulut-mulut bangkai haiwan itu didakwa dibuat dengan pemotong laser yang canggih. Fenomena ini dikaitkan dengan ekperimen oleh Aliens, pengikut ajaran sesat, Chupacabra (lagenda makluk penghisap darah) dan kajian rahsia oleh pihak kerajaan.
Misteri Terungkai
Kerana tidak tahan dengan aduan orang kampung, seorang Sheriff di sebuah perkampungan kecil, Sheriff Herb Marshall mengambil pendekatan yang berbeza dalam menyelesaikan fenomena misteri ini. Herb mendapatkan bangkai seekor lembu yang baru mati dan meletakkannya ditengah padang. Bangkai tersebut diperhatikan olehnya selama 48 jam.Tiada makhluk asing yang datang atau Chupacabra selama tempoh itu, tapi hanyalah lalat. Ya, lalat. Perut bangkai tersebut mula mengembung pada 10 jam pertama lalu menyebabkan ia pecah, maka terdedahlah organ-organ dalamannya. Lalat-lalat mula mengkerumi lalu memasuki ke dalam badan bangkai melalui lubang mulut, dubur, hidung serta rekahan kecil pada badan.
"Pemotongan" bangkai ini oleh ulat-ulat maggots terlalu sempurna seperti hasil potongan pisau laser |
Kejadian ini hanya boleh berlaku sekitar dua hari atau hanya 10 jam saja! Selepas ulat-ulat maggots ini menjadi lalat, mereka kemudiannya meninggalkan bangkai ini.....dengan segala organ lembut dimakan oleh mereka.
Kes ini akhirnya ditutup.
Misteri
Tiang Besi Delhi yang berketinggian 7 meter di Kompleks Qutb ini terkenal kerana komposisinya yang tahan karat walapun sudah berusia beribu-ribu tahun. Tiang yang mempunyai berat lebih kurang 6,000 kg ini dipercayai didirikan ditempat lain kiri-kira 402 BC, sebelum dipindahkan ke lokasi terkini pada 1233 BC.Tiang ini menarik perhatian ramai pakar pengkaji arkeologi dunia dan mengelarkannya sebagai "Bukti kepada kemahiran tukang besi India Kuno" kerana ia berjaya mengekalkan kondusinya tanpa berkarat sehingga kini.
Misteri Terungkai
Pada tahun 2012, pakar-pakar dari Institusi Teknologi India berjaya merungkai misteri di sebalik tiang besi yang berusia 1,600 ini yang tidak pernah berkarat walaupun terdedah pada cuaca yang panas dan lembab di Delhi. Keputusan kajian logam di Kanpur mendapati bahawa lapisan nipis "misawite", sebatian besi, oksigen dan hidrogen telah membantu melindungi tiang besi ini daripada berkarat.Menurut R. Balasubramaniam, lapisan pelindungan tersebut membentuk dalam tempoh tiga tahun pertama dan berkembang secara pelahan-lahan selepas itu. Lokasi asal tiang ini sebelum dipindahkan ke Kompleks Qutb masih lagi menjadi misteri.
Misteri
Starchild Skull adalah sebuah tengkorak yang berusia 900 tahun yang mempunyai ciri-ciri yang tidak sama dengan tengkorak manusia normal. Ia mempunyai songket mata yang kecil dan rapat, tiada rahang bawah dengan saiz kepala dua kali ganda lebih besar daripada manusia normal. Tengkorak ini telah ditemui pada tahun 1930 di dalam sebuah terowong lombong di Chihuahua, Mexico bersama-sama tengkorak manusia normal yang lain. Penemuan ini membuktikan kewujudan aliens 900 tahun lampau.Conehead Skull adalah sebuah tengkorak yang tidak menyerupai tengkorak manusia normal kerana cirinya yang mempunyai tempurung kepala yang memanjang ke belakang. Tengkorak seperti ini banyak dijumpai di dalam makam golongan bangsawan mesir purba yang menjadi isu pendebatan hangat oleh pakar kaji sejarah. Sesetengah berpendapat bahawa Firaun dan golongan bangsawan di Mesir Purba adalah aliens yang datang ke bumi untuk memperhambakan manusia dalam mengaut keuntungan mineral bumi. Antara Firaun yang mepunyai purung kepala yang memanjang adalah Firaun Tutankhamun.
Misteri Terungkai
Keputusan DNA Starchild menunjukkan tengkorak ini adalah milik seorang budak perempuan yang berumur sekitar 4-5 tahun dan bukannya tengkorak aliens atau anak gabungan genetik alien diantara penduduk peribumi Mexico dengan makhluk asing seperti yang digemapar-gempurkan sebelum ini. Kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kondusi congenital hydrocephalus, yang mempunyai masalah tekanan air di dalam tempurung kepala yang memberi tekanan di dalam kepala sejak kecil. Ini menyebabkan kepalanya menjadi besar dan tidak normal seperti manusia normal yang lain.Sanggup sakit kerana kecantikan |
Misteri
Pada Julai 1918, satu pembunuhan besar-besaran yang terkenal dalam sejarah dunia berlaku pada keluarga Imperal Tsar Nicholas, kerabat diraja Russia di bandar Yekaterinburg, Russia. Tsar yang mempunyai lima orang anak (Olga, Tatiana, Maria, Anastasia, Alexie) dan isterinya serta orang-orang gaji istana dibunuh kejam oleh tentera Soviet Bolshevik di ruang bawah tanah rumah agam Ipatiev. Pembunuhan terakhir kerabat diraja itu menjadi titik berakhirnya sistem monarki di Russia.Khabar angin dan konspirasi teori mula tersebar, kononnya salah seorang anak perempuan Tsar, Anastasia Romanov terselamat dan disembunyikan di sebuah tempat rahsia. Pada tahun 1991, seorang ahli geologi, Alexander Avdonin telah membongkari rahsia yang telah disimpanya sejak sedekad yang lalu tentang lokasi kubur besar Tsar berhampiran Yekaterinburg selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.
Penyelidikan dan kajian oleh pakar forensik dari Britain, Peter Gill dan Pakar Genetik Russia, Pavel Ivanov segera dilakukan terhadap rangka-rangka yang dijumpai di dalam kubur itu. Hanya rangka Tsar, isterinya, tiga anak perempuannya, Olga, Tatiana, Maria dan selebihnya rangka tukang gaji dan doktor peribadi saja dapat dikesan.
Teori Anastasia terselamat daripada kejadian berdarah tersebut semakin diyakini kesahihannya selepas mendapati rangkanya dan adik lelakinya, Alexie tidak dijumpai bersama-sama rangka-rangka yang lain.
Selepas pendedahan itu, seramai 200 wanita tampil ke hadapan dan mendakwa mereka adalah keturunan Tsar yang terselamat itu. Antara pengakuan yang paling menyakinkan adalah daripada Anna Anderson.
Misteri Terungkai
Pada tahun 2007, seorang ahli arkeoloagi amatur menjumpai kubur kedua, hanya 70 meter daripada kubur besar Tsar dan rangka-rangka yang lain. Kajian foresik mula dijalankan terhadap penemuan rangka itu. DNA mengesahkan dua rangka misteri itu dimiliki oleh Anastasia dan Alexie.Kajian DNA terhadap mayat Anna Anderson dilakukan selepas itu mendapati ianya negatif dengan DNA keturunan Tsar. Akhirnya khabar angin yang mengatakan Anastasia terselamat daripada tragedi berdarah itu adalah tidak benar. Dia dan adiknya, Alexie dibunuh pada 1918 bersama-sama yang lain.
Misteri
Dari penceritaan mulut ke mulut sejak 1930an, seekor makhluk pre sejarah. Loch Ness Monster dipercayai mendiami di dalam tasik besar di Pergunungan Scottish. Loch Ness Monster atau lebih dikenali sebagai Nassie digambarkan bersaiz besar dengan leher yang panjang, seperti spesies Dinasours Plesiosaurs yang dipercayai telah pupus berjuta-juta tahun yang lampau.Segalanya bermula pada tahun 1933 apabila sebuah jalan baru dibuka di sepanjang tasik Loch Ness. Sepasang suami isteri yang menggunakan laluan itu ternampak "kelibat haiwan yang besar" berenang-renang dipermukaan Loch Ness. Mereka menerangkan saiz makhluk itu terlalu besar dan menakutkan.
Sejak daripada peristiwa itu, ramai pengguna laluan itu mendakwa ternampak kelibat Nessie berenang-renang di tasik Loch Ness dan ada juga yang sempat merakam kelibat haiwan pre sejarah itu. Namun hampir ke semua bukti foto yang diambil tidak jelas, kabur dengan jarak terlalu jauh. Kesahihan foto-foto tersebut masih dipertikaikan.
Beberapa bulan kemudian, cerita raksasa Loch Ness mula hangat diperkatakan di dalam akhbar utama British apabila seorang pakar bedah British yang sangat dihormati, Kolonel Robert Wilson. mendakwa berjaya merakam foto Nessie ketika bersiar-siar di tepi tasik berkenaan. Foto yang dirakam Robert itu merupakan foto yang paling jelas dalam sejarah Loch Ness Monster. Ia kini menjadi bukti akan kewujudan haiwan pre sejarah berkenaan di sana.
Misteri Terungkai
Seorang lelaki Steve Feltham, 52, berhenti kerja hanya semata-mata untuk mencari Raksasa Nessie. Dia yang dulunya begitu obses dengan kewujudan raksasa itu, menghabiskan selama 24 tahun kehidupannya membuat penyelidikan dan kajian tentang haiwan misteri berkenaan.Selepas puas membuat kajian selama 2 dekad, Steve akhirnya membuat rumusan di atas kajiannya itu. Raksasa Nessie tidak pernah wujud di Tasik Loch Ness. Ia hanyalah kelibat ikan keli gergasi (The European Catfish) yang banyak hidup di dasar tasik itu. Rumusan itu sangat sukar diterima oleh peminat-peminat raksasa Nessie dan juga Steve sendiri.
Ikan keli atau The Wels banyak didapati hidup di dasar tasik berkenaan dan boleh membesar sehingga 13 kaki panjang. Kemunculannya di permukaan tasik Loch Ness mungkin disalah erti selama ini sebagai Dinasour Plesiosaurs.
Foto Nassie yang popular itu hanyalah "Hoax" |
Kes Misteri Raksasa Loch Ness akhirnya ditutup.
Misteri
The Ican Stones (Juga dikenali sebagai Ica Stone) adalah batu-batu andesite yang misteri dijumpai di Ica Province, Peru. Batu-batu ini menjadi misteri kerana terdapat gambaran ketamadunan Peru kuno yang hidup bersama-sama dengan Dinasours - sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku.Ukiran yang terdapat di atas batu-batu itu menjadi topik pembincangan hangat diantara para pengkaji sejarah kerana Era Dinasours telah lama pupus sebelum ketamaduan manusia wujud selepas itu. Tidak mungkin dua era ini akan bertembung di antara satu sama lain.
Sejak dari tahun 1960-an, Dr. Javier Cabrera Darquea mengumpul dan menyimpan ke semua koleksi batu-batu misteri ini yang didakwanya diperolehi daripada seorang petani, Basilio Uschuya. Uschuya mendakwa batu-batu ini adalah artifik kuno sebenar yang dijumpainya di gua berhampiran.
Ican Stones menjadi popular di Peru dan artifak ini dipamerkan di Muzium Peru. Kajian mendalam mendapati ukiran yang terdapat pada batu-batu andesite tersebut sangat halus dan teliti seperti diperbuat dengan menggunakan laser.
Misteri Terungkai
Dalam satu temubual dengan Erich Von Daniken, Uschuya membuat pengakuan bahawa semua batu-batu yang dijualnya itu adalah palsu dan bukannya artifak sebenar dari zaman ketamaduan Peru kuno. Pada tahun 1975, Uschuya dan rakan petaninya, Irma Gutierrez de Aparcana mendakwa mereka memalsukan batu-batu itu dengan menyalin semula imej-imej daripada buku-buku komik, buku sejarah dan majalah.Mereka membuat ukiran itu menggunakan pisau elektrik doktor gigi dan membakarnya dengan tahi lembu. Batu-batu itu kemudiannya dijual kepada Dr. Javier dengan harga yang lumayan dan mereka mendapat keuntungan.
Mereka terpaksa membuat pengakuan itu selepas mendapat waran tangkap dari pihak berkuasa Peru kerana menjual artifak sejarah secara haram. Pengakuan Uschuya itu mengejutkan semua orang termasuk pakar pengkaji sejarah.
Dia dan Irma tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Ushuya kini menyambung aktivitinya mengukir "Ican Stone" dan menjualnya secara komersial kepada para pelancong Peru. Karya seninya mula diiktiraf dan dibeli oleh badan kerajaan dan golongan kaya.
Misteri
Antara fenomena misteri yang menyelubungi Para Pengkaji moden adalah fenomena Batu Bergerak dengan sendiri yang berlaku di tasik kering, Racetrack Playa, California. Kebanyakan batu-batu ini jelas kelihatan seperti beralih tempat kerana terdapat bekas laluan yang panjang - seperti trek jalan - dibelakangnya.Fenomena misteri ini mula dilaporkan pada tahun 1915 oleh seorang pengembara, Joseph Crook. Sejak daripada itu pelbagai teori, analisis dan kajian dilakukan oleh para pengkaji dunia namun masih menemui jalan buntu.
Antara teori popular adalah disebabkan faktor tiupan angin kuat yang berlaku di kawasan berkenaan namun disangkal kerana batu-batu berkenaan bersaiz besar dan berat - tidak mungkin angin mampu menolaknya.
Misteri Terungkai
Selepas berkurun lamanya misteri ini menyelubungi dunia, akhirnya pada tahun 2013 ia berjaya dibongkari. Sekumpulan para pengkaji fenomena bumi yang diketuai oleh Richard Norris, telah mencipta sebiji batu berat dengan mempunyai pemerhati GPS didalamnya.Batu GPS ini ditinggalkan ditengah-tengah tasik kering Racetrack Playa dan segala pergerakannya dirakam. Melalui pemerhatian, mereka mendapati batu itu bergerak secara pelahan-lahan, berterusan sehingga 244 meter!
Secara ringkas, playa adalah lokasi kering serta sejuk dan mendapat purata hujan yang kecil setiap tahun. Pada musium sejuk, ketika hujan turun, permukaan tasik kering itu mula menakung air dan membeku sehingga beberapa sentimeter. Apabila matahari keluar, ais mula cair dan membentuk sifat seperti 'rakit' atau 'pelincir' kepada batu-batu ini. Dengan bantuan angin yang kuat dan kecondongan kawasan berkenaan, batu-batu itu mula meluncur meninggalkan kesan trek diatas tanah lembut. Perubahan laluan batu-batu ini berlaku apabila arah tiupan angin bertukar arah.
Misteri
Pada tahun 1997, satu bunyi misteri dapat di dengar melalui hydrophone ditengah-tengah lautan Pasifik. Bunyi itu terlalu kuat dengan frekuensi ultra-rendah dan dapat dikesan di stesen pengesan bunyi bawah laut R'lyeh, 5,000 km dari lokasi berkenaan. Bunyi misteri itu dipercayai datang dari bawah dasar laut Pasifik oleh National Oceanic Atmospheric Administration (NOAA).Selepas kejadian tersebut, pelbagai teori punca bunyi misteri itu ("The Bloop") mula menghiasi dada-dada akhbar. The Bloop disahkan bukan berpunca daripada kapal selam, letupan gunung berapi dalam laut atau ikan paus tapi lebih bersifat 'organik', unik dan semulajadi, seolah-olah ia adalah bunyi yang dikeluarkan oleh hidupan marin yang mempunyai saiz berganda-ganda lebih besar daripada ikan paus.
Misteri Terungkai
Selepas kajian teliti dibuat oleh NOAA, The Bloop bukanlah bunyi yang dikeluarkan oleh hidupan marin bersaiz gergasi. Ia disahkan berpunca daripada bunyi kuat akibat keretakan rak ais di bawah dasar laut kerana lokasinya yang berhampiran Antartika. Dziak menerangkan, gelombang The Bloop sangat konsistent dengan bunyi rekahan ais di Antartika. Ternyata teori hidupan marin gergasi di lautan Pasifik hanyalah mitos.Misteri
Beratus-ratus tahun dahulu, ketamadunan Mayan merupakan salah satu tamadun yang agong dan berkembang pesat di bumi. Mereka banyak membina arkitektual yang hebat seperti Piramid Mayan serta mencipta 'teknologi' yang lebih maju berbanding tamadun-tamadun yang lain. Tamadun ini mula mencipta nama dalam kemajuan sejak 300 AD dengan sistem pemerintahan yang sistematik, pembinaan arkitektual yang canggih, perhubungan perdagangan yang baik serta penciptaan 'teknologi yang hebat.Namun begitu, di sekitar 700 AD - 800 AD, tamadun agong ini mula lenyap dengan misteri. Bangunan dan rumah mereka tinggalkan, sehingga menjadi runtuhan dimamah usia. Tiada para kaji sejarah dunia dapat menjelaskan secara tepat mengapa orang-orang Mayan ketika itu meninggalkan tamadun mereka serta ke mana mereka menghilang?
Teori demi teori mula muncul memberi pelbagai spekulasi terhadap 'hilang'nya penduduk Mayan ini. Tamadun Mayan dipercayai diserang besar-besaran dan akhirnya tewas, memaksa penduduknya untuk meninggalkan kawasan itu. Teori itu disangkal kerana tiada bukti yang jelas dapat dilihat pada bangunan arkitektual. Teori diculik Aliens juga popular dikalangan para pengkaji paranormal dan Ancient Aliens.
Ke mana mereka menghilang dan kenapa?
Misteri Terungkai
Pada 2012, selepas sekian lama para pengkaji sejarah mencari punca ke mana hilangnya orang-orang Mayan akhirnya menemui jawapan. Ketamadunan agong ini lumpuh bukan disebabkan oleh serangan pihak musuh atau diculik oleh Aliens.Orang-orang tamadun Mayan terpaksa meninggalkan rumah dan bandar mereka selepas kawasan itu mengalami kemarau dan hakisan yang teruk akibat penebangan hutan secara tidak terkawal. Wabak penyakit mula timbul selepas saliran air bersih tercemar. Banyak haiwan ternakan mula mati. Dengan ketiadaan bekalan makanan, mereka membuat keputusan untuk meninggalkan bandar itu yang menjadi punca utama kejatuhan tamadun Mayan.
Misteri
Selama 4,500 tahun, Piramid Giza masih berdiri kukuh sebagai simbol kepada kemajuan teknologi arkitektual di dalam era ketamadunan manusia. Piramid merupakan satu-satunya 7 keajaiban dunia purba yang masih selamat. Dengan keluasan 13 hektar, ia dibina dengan 2,300,000 bongkah batu yang besar dan berat. Sebelum pembinaan Menara Eiffel, piramid pernah diiktiraf sebagai arkitektual paling tinggi di dunia!Pembinaan Piramid sangat unik kerana ketepatan lokasinya terhadap sistem peredaran astronomi serta dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Sesetengah para pengkaji sejarah membuat andaian kononya Piramid dibina atas bantuan Aliens kerana manusia purba tidak mungkin mampu membuat dan sebijak manusia moden dalam membina arkitektual serumit ini.
Adakah benar piramid dibina dengan bantuan Aliens atau mungkin manusia Mesir purba sudah mencipta 'teknologi' canggih dalam proses pembinaannya? Untuk sekian lamanya, hanya teori dan spekulasi yang timbul dalam pembinaan piramid.
Misteri Terungkai
Pada 2014, seorang pengkaji sejarah daripada Universiti Amsterdam mengulas hujah dan teorinya tentang misteri pembinaan piramid Giza ini. Berpandukan lukisan purba di dinding-dinding, jelas menunjukkan orang-orang Mesir purba menarik bongkah-bongkah batu seberat 2.5 tan itu menggunakan 'sled' (seperti kereta sorong tanpa tayar) dan ditarik beramai-ramai - tanya apa-apa alat mekanikal moden.Mereka menambah sedikit air pada pasir untuk mengurangkan kesan geseran. Terdapat juga bukti orang-orang mesir purba menggunakan acuan dan lumpur untuk membuat bongkah batu itu. Terdapat banyak kelengkapan membina dapat ditemui di serata lokasi piramid Giza seperti pembaris, sesiku-L, penimbang air dan sebagainya. Mereka menggunakan alatan ini untuk mengukur ketepatan sesebuah bongkah yang disusun.
Berdasarkan catatan di dinding piramid, reka bentuk piramid ini dipercayai telah direka secara teliti oleh seorang arkitek, jurutera, pakar astromoni, penasihat Firaun dan pakar perubatan Mesir Purba yang dikenali sebagai Imhotep. Imhotep merupakan keturunan manusia bumi dan bukannya datang dari planet lain. Dia diiktiraf sebagai arkitek paling awal yang diketahui wujud dalam era ketamadunan manusia purba.
Jadi ketahuilah, manusia purba tidaklah semundur mana yang disangka oleh kita selaku manusia moden.
Misteri
Segitiga Bermuda juga dikenali sebagai Segitiga Syaitan merupakan kawasan lautan dibahagian barat Laut Atlantik Utara dimana sejumlah kapal terbang dan kapal-kapal dikata hilang secara misteri jika melalui kawasan berkenaan. Terdapat banyak peristiwa kehilangan misteri berlaku dikawasan tersebut seperti Ellen Austin, USS Cyclops, Carroll A.Deering, Flight 19, Star Tiger, Star Ariel, Douglas DC-3, KC-135, Stratankers dan Connemara.Kejadian itu membuatkan ia dikenali lubuk syaitan dan banyak penerbangan bimbang untuk menggunakan laluan itu. Teori demi spekulasi mula timbul berkenaan kawasan itu, antaranya ialah iaa adalah laluan pusaran air, laluan angin pusar, medan magnet, laluan ke dimensi lain dan Aliens. Yup, sekali lagi Aliens dituduh.
Misteri Terungkai
Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, kawasan Segitiga Bermuda tidak pernah wujud dan ia tidak pernah diiktiraf oleh Lembaga Kementerian Pertahanan USA. Gelaran itu hanya direka-reka dan disebarkan oleh pihak ketiga yang mengaitkan kehilangan kapal terbang dengan aktiviti paranormal makhluk asing. Peratusan kehilangan kapal dikawasan itu juga palsu dan tidak benar.Tiada beza yang ketara dalam peratusan statistik kehilangan kapal/kapal terbang di kawasan Segitiga Bermuda dengan kawasan laut lain.
Kini, kawasan segitiga Bermuda menjadi salah satu laluan sibuk bagi kapal terbang komersial. Ia juga menjadi laluan utama kapal pelabuhan di Amerika, Eropah dan Kepulauan Caribbean. Kapal terbang persiaran, kapal nelayan dan kapal percutian kerap melalui kawasan ini.....namun kejadian kehilangan mereka sangat jarang-jarang berlaku.
Dimana misterinya? Menurut pakar saintis dan pakar kajian misteri moden, tiada misteri pun perlu dirungkai di kawasan Segitiga Bermuda. Ia hanya mitos dan lagenda sahaja.
https://tafsirjitu.org/tafsir-mimpi/muntah/
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteKorona
ReplyDelete