10 HAIWAN MITOS YANG SEBENARNYA WUJUD



Lagenda tentang Naga, Raksasa laut dan Ikan Duyung merupakan haiwan mitos yang hanya kita dapat dengar daripada cerita-cerita dongeng dan lagenda lama. Bagaimana jika haiwan-haiwan ini yang digambarkan oleh sasterawan purba adalah berdasarkan kepada haiwan sebenar?

Disini kami senaraikan haiwan yang dulunya dianggap hanya sekadar lagenda, namun sebenarnya wujud. Haiwan-haiwan mitos ini tidak lagi dinafikan kewujudannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#12 GORILLA

Gorilla pernah dianggap haiwan yang ganas dan kejam namun hakikatnya ia merupakan spesis yang penyayang
Seperti lagenda Bigfoot, kewujudan Gorilla pernah dianggap sekadar mitos. Ketika dahulu, ada beberapa orang peneroka pulang ke Eropah dan menceritakan perihal tentang seekor beruk (Apes) yang berbulu, tinggi, besar dan ganas, serta memakan daging manusia yang tinggal jauh di dalam hutan Afrika. Perihal cerita itu diketawakan dan kewujudan haiwan seperti itu disangkal oleh para saintis zoologi barat.

Kewujudan Gorilla dinafikan dan hanya dijadikan haiwan mitos di dalam buku-buku sastera lama sehinggalah pada awal abad ke 5 sebelum masihi, seorang peneroka hutan dari Greek, Hanno menjumpai sekelompok keluarga Gorilla di sebuah hutan di selatan Afrika. Di dalam catatannya, Hanno menggambarkan gorilla tersebut sebagai orang asli Afrika berbulu hitam yang ganas dan bukannya sebagai spesies haiwan. Dia mengelarkan penemuan 'manusia baru' itu sebagai 'Gorillae'.

Pada tahun 1625, seorang peneroka hutan British, Andrew Batell, melaporkan terlihat kelibat seekor raksasa besar dengan badan dipenuhi dengan bulu hitam serta berjalan menggunakan tangan dan kaki. Kajian terperinci mula dilakukan oleh Andrew untuk mengesan spesies yang dianggap baru itu.

Untuk berkurun lamanya, Gorilla digambarkan sebagai haiwan mitos yang ganas, memakan daging manusia, serta bodoh. Pada tahun 1847, dunia digemparkan dengan berita penemuan tulang dan tengkorak Gorilla yang pertama oleh seorang Physician barat, Thimas Savage, di Liberia. Pada tahun 1902, seorang peneroka barat, Paul du Chaillu menjadi manusia Eropah moden yang pertama menjumpai sekolompok Gorilla hidup ketika misi mengesan spesies mitos itu.

Kajian dan penyelidikan telah dijalankan terhadap spesies haiwan ini, dan ia ternyata pertentangan dengan mitos gorilla sebelum ini. Gorilla merupakan haiwan yang cerdik, penyayang dan hanya memakan buah-buahan dan bukannya daging manusia.


#9 FLAMINGO

Kepalanya yang seperti 'tukul' dengan warna merah jambu sering ditafsirkan sebagai haiwan dari syurga
Pada suatu ketika dahulu sebelum kewujudan Flamingo diketahui umum, haiwan ini pernah dianggap sebagai haiwan mitos yang turun dari syurga. Kisah keunikan Flamingo seperti mempunyai bulu berwarna merah jambu lembut, berkaki satu dan berkepala seperti 'tukul' sering diceritakan sebagai mitos semata-mata seiringan dengan kisah-kisah lagenda Phoenix.

Puak Mesir purba percaya burung Flamingo adalah burung suci yang mampu hidup beratus-ratus tahun. Apabila Flamingo menjejakkan kedua-dua kakinya ke tanah, ia akan mati. Ia digambarkan mempunyai sayap yang diperbuat daripada api.

Selain Mitos Mesir Purba, haiwan ini juga di anggap mitos di dalam catatan sasterawan Greek lama. Oleh kerana itu, haiwan ini dikenali sebagai Flamingo yang membawa maksud Flame (api) dari bahasa Spanish dan Latin Greek.


#8 PANDA

Beruang Panda pernah disalah anggap sebagai salah-satu spesies kucing hutan liar
Siapa tidak kenal dengan Panda? Spesies beruang hitam putih yang comel serta jinak dan pemakan buluh. Haiwan ini hanya boleh ditemui berhabitat di dalam hutan buluh di China. Dahulunya, kewujudan panda tidak diketahui umum buat berkurun lamanya, termasuk di negara China sendiri!

Walaupun karyawan seni cina lama banyak melukis dan menceritakan perihal tentang beruang hitam dan hutan buluh yang indah, penemuan Panda tidak pernah diketahui penduduk China sendiri sehinggalah abad ke 20! Khabar angin dan laporan tentang kelibat "beruang putih bercorak aneh" banyak di dengari di kampung-kampung pendalaman China dianggap sebagai merepek dan mitos sahaja.

Sehinggalah pada tahun 1869, seorang mubaligh dari Perancis, Armand David, membawa pulang bangkai panda ke Eropah ketika dia bertugas di China. Ketika itulah, dunia mula memperakui tentang kewujudan "beruang putih bercorak aneh" sebagai haiwan sebenar dan bukannya sekadar mitos.

Oleh kerana Panda merupakan spesies yang pemalu dan sering hidup bersembunyi, untuk mencarinya hidup-hidup adalah sukar ditambahkan lagi geografi China yang berhutan tebal dan berbukit batu. Pada tahun 1916, seorang Zoologist dari Jerman, Hugo Weigold menjadi orang Eropah pertama yang berjaya menjumpai Panda hidup dengan membeli lelongan seekor anak panda di pasaran gelap di China. Panda dahulunya dikenali sebagai spesies rakun dan kucing liar kerana sifatnya seperti seekor kucing (jinak, pemalu dan manja) sehingggalah ujian DNA mengesahkan ia lebih ke arah kategori spesies beruang.


#7 DUGONG

Mitos ikan duyung hanyalah adaptasi daripada Dugong

Ketika Christopher Columbus berlayar berdekatan Haiti, dia terlihat satu susuk tubuh wanita yang dikenalinya sebagai ikan duyung merenang-renang mengelilingi kapalnya. Namun apa yang dilihatnya itu hanyalah seekor Dugong, spesies haiwan marine yang hidup di lautan mahupun di sungai. Ikan duyung secara realitinya tidaklah secantik mana seperti mitos yang diketahui umum.

Ikan Duyung digambarkan sebagai haiwan mitos separuh manusia dan separuh ikan yang hidup dilautan dan sering kelihatan menyikat rambut di batuan laut sambil menyanyi yang mampu menggoda kelasi kapal. Dugong banyak didapati hidup di perairan laut Asia Tenggara dan Afrika dan menjadi inspirasi kepada lagenda Ikan Duyung. Perkataan Dugong berasal daripada bahasa Melayu yang membawa maksud Duyung (Mermaid). Sebelum ini, Eropah memanggil ikan dugong sebagai "Lembu Laut" (Sea Cow)


#6 OKAPI

Fizikal okapi terlalu unik sehinggakan dianggap sebagai anak kacukan kuda belang dan keldai

Kuda Okapi sangat dikenali oleh Puak-puak Mesir purba dan juga penduduk peribumi Afrika namun tidak kepada golongan Eropah. Orang Eropah percaya Okapi merupakan haiwan mitos bagi penduduk Afrika yang mengelarkannya sebagai "The African Unicorn". Pada tahun 1890, Henry Stanley yang membuat kajian tentang penduduk asli Afrika di hutan Congo, tertarik dengan perkataan "Okapi" yang sering disebut-sebut di sana. Pada mulanya, Henry percaya "Okapi" membawa maksud "Kuda Mitos/Kuda Lagenda" berdasarkan fizikal mustahil dan pelik yang digambarkan oleh puak-puak peribumi Afrika itu (Berkepala zirafah, berbadan keldai, dan mempunyai punggung kuda belang)

Seorang Governor Uganda, Sir Henry Johnston tertarik dengan lagenda kuda mitos Okapi itu selepas membaca catatan Henry Stanley. Sir Johnston menjadi terlalu obses untuk mengesan kewujudan Okapi namun hasilnya sia-sia dan kewujudan Okapi mula dipertikaikan oleh orang-orang Eropah. Akhirnya pada tahun 1901, Sir Johnston berjaya menjumpai satu bangkai Okapi yang masih sempurna dari sebuah hutan kecil. Bangkai tersebut dibawanya ke Eropah untuk dianalisis.

Penemuan haiwan mitos itu mengemparkan seluruh benua Eropah. Pada mulanya, Okapi dinamakan sebagai kuda "Equus Johnstoni", semperna dari nama Sir Henry Johnstan. Selepas kajian dilakukan di London, para saintis terkejut dengan hasil yang diperolehi mereka. Okapi merupakan haiwan pra sejarah yang disangkakan telah lama pupus. DNA Okapi hampir sama dengan sempel fosil haiwan purba yang dijumpai di Greece pada tahun 1838. Misteri akhirnya selesai, kewujudan haiwan gabungan Kuda Belang, Zirafah dan Kuda ini tidak disangkal lagi. Okapi kini diancam kepupusan dan kerajaan Afrika mula membuka pusat pelindungan Okapi.



#5 PLATIPUS

Platipus merupakan satu-satunya haiwan mamalia yang bertelur dan menyusukan anak.

Untuk sekian lamanya, dunia menganggap Platipus 'diwujudkan' hanya sekadar untuk dijadikan bahan jenaka kerana fizikalnya yang unik, mustahil dan pelik (Seekor mamalia yang bertelur, berbadan memerang, mempunyai paruh dan kaki seperti itik)

Bukan setakat fizikalnya yang pelik, Platipus juga adalah satu-satunya haiwan mamalia yang bertelur dan menyusukan anak. Kewujudannya pernah dianggap sebagai Hoax (khabar angin), sehinggakan bangkai Platipus yang dibawa ke makmal pada tahun 1799 juga dipertikaikan kononnya sengaja 'dicipta' dengan menjahit paruh itik pada bangkai seekor memerang.

Kerana keunikkannya, platipus menjadi subjek penting dalam kajian biologi evolusi di dunia. Ia menjadi simbol identiti kepada Australia termasuk sebagai maskot untuk acara kebangsaan dan di syiling negara. Pada awal kurun ke 20, Platipus mula diancam kepupusan kerana pemburuan haram namun kini pusat pemulihan platipus mula dibuka di Australia.



#4 KOMODO

Komodo tidak memakan manusia namun akan menyerang dan mendatangkan kecederaan serius kepada manusia

Kewujudan Biawak Komodo (atau Naga Komodo) mula diketahui umum secara meluas pada sekitar perang dunia pertama apabila seorang pilot yang terselamat daripada kapal terbang terhempas, terdampar di sebuah pulau terbiar di perairan Indonesia. Di sana, dia terkejut apabila buat pertama kalinya melihat Komodo yang dianggapnya sebagai seekor Naga/Buaya Laut. Malangnya, seperti biasa, cerita yang disampaikannya selepas itu tidak dipercayai orang ramai.

Pada tahun 1910, cerita tentang Komodo itu menarik minat seorang Leftenan dari Belanda dan bercadang untuk berlayar ke perairan Indonesia bagi mengesan kewujudan 'Naga' itu. Dia berjaya mengesan kewujudan haiwan itu dan menghantar beberapa keping bukti foto ke sebuah Muzium Zoologikal di Bogar, Tanah Jawa.

Pada lewat tahun 1926, semakin ramai orang-orang Eropah datang ke pulau terbiar itu bagi menyaksikan sendiri kewujudan komodo. Kisah pulau terbiar di perairan laut Indonesia dan penemuan haiwan baru, Komodo menjadi inspirasi kepada cerita King Kong.

Komodo merupakan haiwan kategori biawak yang terbesar di dunia. Satu mitos yang mengatakan bahawa air liur komodo adalah berasid dan mengkakis, adalah tidak benar namun ia mampu memudaratkan kepada kita kerana air liur komodo mengandungi bakteria bahaya dan juga berbisa. Ini menjadikan komodo sebagai haiwan yang mempunyai bisa terbesar di dunia. Komodo tidak memakan daging manusia, namun mampu menyerang dan mendatangkan kecederaan yang serius kepada manusia. Jadi, berhati-hati ya.



#3 TAKIN

Takin dulunya dianggap sebagai haiwan mitos bagi masyarakat Yunani dan Bhutan

Di dalam mitos Yunani terkenal tentang kisah Jason dan Argonauts, Jason telah dihantar oleh pak ciknya yang jahat, Pelias ke satu misi berbahaya iaitu misi untuk memegang Golden Fleece (Bulu agong berwarna emas). Bulu ini dikatakan milik dewa dan dikenali sebagai Chrysomallus. Bulu ini juga telah dipakai oleh dewa Poseidon sendiri. Dikatakan bulu ini diperbuat daripada seekor kambing bukit yang bersaiz besar dan berbulu emas tinggal jauh di atas bukit.

Sesetengah pakar percaya bahawa lagenda Golden Fleece diilhamkan daripada seekor haiwan sebenar iaitu Takin. Haiwan ini hanya boleh ditemui dipergunungan Himalaya. Segala ciri-ciri The Golden Fleece yang diterangkan di dalam kisah Jason ini hampir sama dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh seekor Takin - kambing bersaiz besar, berbulu emas, tinggal jauh di atas bukit Himalaya.

Walaupun telah perjelaskan oleh saintis barat pada tahun 1850, Takin masih lagi dianggap haiwan mitos Yunani, sama seperti kisah Madusa dan Cerberus. Kerana haiwan ini jarang ditemui manusia dan hidup jauh dikawasan pendalaman berbukit-bukit, ia juga dianggap haiwan ajaib (supernatural animal) bagi masyarakat Bhutan sendiri.

Dikatakan bahawa pada abad ke-15, seorang dewa yang berkuasa dan bijak, Lama, melawat Bhutan dan dicabar oleh pengikut-pengikutnya untuk melakukan keajaiban. Lama meminta seekor kambing dan seekor lembu dari penduduk kampung. Kambing dan Lembu itu kemudiannya dimakan Lama sehingga hanya meninggalkan tulang. Tulang-tulang itu kemudian digabungkan dan disusun oleh Lama lalu membentuk haiwan baru yang dikenali sebagai Takin. Takin telah dianggap sebagai haiwan yang dihormati oleh orang-orang Bhutan dan diangkat sebagai haiwan nasional bagi negara tersebut.



#2 OAR

Kisah Naga air (Oarfish) sangat popular dikalangan kelasi kapal dahulu kala

Suatu ketika dahulu, Oarfish dianggap sebagai haiwan mitos yang banyak diceritakan di dalam kisah-kisah pelayaran sebagai naga air. Jika dilihat pada peta pelayaran lama, banyak kelasi kapal memetakan Oarfish sebagai naga air yang besar dan panjang. Oarfish merupakan haiwan laut bertulang paling panjang di dunia. Ia boleh membesar sehingga 55 kaki panjang dan banyak menghabiskan masa di dalam lautan dalam (di antara 300 - 1,000 meter) dan sangat-sangat jarang muncul dipermukaan laut. Namun jika ia muncul dipermukaan laut, kehadirannya pasti disalah anggap sebagai mitos.

Ketika kewujudan Oarfish dianggap sebagai mitos, pada tahun 1860, seorang lelaki, Matthew Jones menceritakan pengalamannya yang berjaya menangkap seekor Naga air di Teluk Hungry. Bangkai Naga air itu kemudiannya di serahkan kepada saintis untuk kajian lanjut dan ternyata ia hanyalah seekor Oarfish, lagenda Naga laut.

Sebelum internet dicipta, pengetahuan tentang Oarfish sangat sedikit dan ia sering di salah anggap sebagai raksasa dan Naga air. Anda boleh lihat video Oarfish di youtube yang berenang-renang di permukaan air laut. Kemunculannya yang panjang serta besar pasti menakutkan sesiapa saja yang melihatnya untuk pertama kalinya.



#1 KRAKEN

Kraken dikatakan mampu untuk menengelamkan sebuah kapal besar.

Salah satu haiwan mitos yang popular di dunia adalah Kraken - seekor sotong gergasi dengan tangan tentakles kuat yang mampu menengelamkan sebuah kapal besar. Lagenda ini banyak diceritakan di Norway dan Iceland yang menyebabkan kelasi-kelasi kapal suatu ketika dahulu, takut untuk belayar.

Ramai pakar saintis percaya lagenda Kraken adalah berdasarkan kepada haiwan sebenar iaitu sotong gergasi (Architeuthis).Para Saintis sukar untuk mencari haiwan ini hidup-hidup kerana spesies ini banyak menghabiskan masanya dilantai lautan dalam dan sangat jarang muncul dipermukaan laut. Namun begitu, sesetengah kawasan menerima laporan bangkai sotong gergasi terdampar di persisiran pantai.

Selain lagenda Kraken, sotong gergasi ini juga dipercayai menjadi inspirasi kepada haiwan-haiwan mitos lain seperti Greek Scylla, seekor haiwan laut gergasi yang mempunyai banyak kepala dan akan menyentap mana-mana kelasi dari kapal ketika berlayar di lautan.

Namun kini, lagenda sotong gergasi masih lagi menjadi semi-lagenda (semi-lagendary status). Saintis percaya sotong bersaiz besar memang wujud, namun setakat ini saiz yang paling besar pernah direkodkan adalah 9 meter panjang. Untuk menemui sotong gergasi yang lebih besar daripada saiz ini adalah tidak mustahil.....

No comments

Powered by Blogger.