10 PERMAINAN VIDEO (VIDEO GAME) BERLATAR BELAKANG MALAYSIA

Permainan Video atau lebih dikenali sebagai Video Games selalunya menjadi platform utama untuk menghilangkan kebosanan diri terutamanya bagi golongan muda. Majoriti besar golongan muda terutamanya yang tinggal di kawasan Urban tahu dan pernah bermain permainan video samada melalui PC, PS, XBox atau platform telefon pintar.

Malaysia menjadi tempat berjuta-juta golongan yang meminati video games. Walaubagaimanapun, Malaysia tidaklah sebuah negara yang dikenali meluas seperti China atau Jepun untuk diketengahkan sebagai lokasi permainan video. Namun begitu, ada setengah produksi tertarik dengan Malaysia untuk diketengahan ke peringkat permainan video antarabangsa.



1. SIMCITY 4


Simcity 4

KLCC ada gitew

Simcity 4 (SC4) merupakan sebuah permainan video dengan misi untuk membina, mentadbir dan menguruskan bandar simulasi. Permainan ini dilancarkan pada 14 Januari 2003 dan dikeluarkan oleh Maxis dan Electronic Art. Apa yang menariknya, jika pemain berjaya memajukan sebuah bandar, pemain dapat 'membeli' landmark dari seluruh dunia untuk dibina di dalam bandar simulasi tersebut. Ini termasuklah Opera House Australia, Piramid di Mesir dan juga KLCC di Kuala Lumpur.


2. BURNOUT DOMINATOR


Burnout Dominator

Malaysia menjadi antara lokasi utama di dalam permainan video Burnout Dominator. Dua peringkat (Level) di dalam permainan ini berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur. Bagi yang belum pernah bermain permainan ini, siri Burnout selalunya memilih lokasi sebenar bandar-bandar besar di seluruh dunia termasuk di Amerika Utara, Eropah dan Timur. Namun menariknya, kali ini, produksi Burnout Dominator memilih Kuala Lumpur sebagai lokasinya.

Slow betul drive kereta. Nah ambik ko!

Belah mana shopping mall ni? Kiri ke kanan

Jalan-jalan singgah jap di bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur


3. DIRT 2


Dirt 2
Dirt 2 merupakan permainan video perlumbaan kereta yang memilih lokasi dunia sebenar daripada Morocco, China, Crotia dan menariknya, Malaysia juga. Tidak seperti Burnout Dominator, sebahagian lokasi di dalam permainan ini adalah di sekitar kawasan hutan yang diinspirasi daripada kawasan kelapa sawit di Rawang, Selangor. Tiada KLCC, bandar yang sibuk, tapi hanya kawasan hutan tropika, ladang kelapa sawit, lumpur atau lebih tepat kawasan kampung. 

Jom pilih kereta lumba - Proton Satria Neo S2000

Meh-meh daftar nama dulu di booth Dirt 2 sebelum berlumba

Mak, along dah on the way balik kampung ni


4. FORMULA ONE


F1 2011
Kebanyakkan permainan video formula 1 daripada siri pertama 1999 sehingga sekarang memilih Litar Sepang sebagai salah satu litar pilihan. Antara video game F1 yang memilih lokasi litar sepang adalah Formula One 99 (1999), F1 Racing Championship (2000), Racing Simulation (2002), Formula One 2000 (2000), Grand Prix (2002), Formula One 2001 (2001), Formula One Arcade (2002), Grand Prix Challage (2003), Formula One 04 (2004), Formula One 05 (2005), F1 Grand Prix (2005), Formula One 06 (2006), Formula One Championship (2007), F1 2009, F1 2010, F1 2011 dan F1 2012.

5. MotoGP


MotoGP 2011
Seperti siri permainan video Formula One, Litar Sepang Malaysia juga dipilih sebagai litar pilihan di dalam hampir semua siri MotoGP.

6. 2010 FIFA World Cup South Africa

2010 FIFA World Cup South Africa
Harimau Malaya, adalah nama rasmi pasukan bola sepak Malaysia yang boleh dipilih oleh pemain di dalam permainan video ini. Realitinya, walaupun Malaysia tidak tercalon di dalam pasukan World Cup 2010, pemain diberi peluang mengawal pasukan Harimau Malaya dan merangkul piala dunia. Pemain-pemain vitualnya pula diinspirasi daripada pemain sebenar Harimau Malaya.

Nazmi Faiz di dalam FIFA 2010

7. Pro Evolution Soccer 2013

Pro Evolution Soccer 2013

Sama seperti FIFA World Cup 2011, pemain boleh memilih pasukan Malaysia sebagai pasukan pilihan dan pemain vitual seperti Nazmi Faiz dipilih. Hurm....tak banyak saya tahu tentang pemainan ini.

Nazmi Faiz antara vitual pemain pilihan

8. Hitman 2 : Silent Assassin


Hitman 2 : Silent Assassin
Hitman 2 : Silent Assassin merupakan sebuah permainan video pembunuh upahan yang dikeluarkan oleh IO Interactive dan diterbitkan oleh Eidos Interactive pada tahun 2002. Ia dikeluarkan untuk platform PC, PS2, Gamecube dan X-Box.

Terdapat 3 peringkat berkisar tentang plot membunuh karakter bernama Charlie Sidjan berlatar belakang sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC). Pemain boleh melengahkan misi dahulu dengan membeli belah di Suria KLCC sebelum meneruskan misi. Ahaks.

Nak shopping jap kat Suria KLCC

9. SOCOM 4 : U.S. Navy Seals


SOCOM 4 : U.S Navy Seals

Malaysia menjadi 'padang permainan' di dalam siri SOCOM 4 : U.S Navy Seals. Permainan video ekskusif untuk platform Playstation ini dikenali sebagai strategi "First Shooter" terbaik dengan tektik pertempuran yang terperinci.

Di dalam siri ini, pemain akan mengawal seorang anggota NATO, Cullen Gray, dalam misi membantas geng jahat di Kuala Lumpur. Walaupun secara rasminya, penerbit tidak menyatakan misi ini dilakukan di Kuala Lumpur (hanya diperincikan satu tempat di Asia Tenggara), pemain dari Malaysia dapat mengagak lokasi pertempuran ini amat mirip dengan persekitaran Kuala Lumpur. Ditambahkan lagi dengan teksi kuning Proton Saga yang bersepah di jalanan dan papan tanda arah yang menunjuk tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Menariknya, ketua geng jahat yang cuba mengulingkan kerajaan 'bandar' tersebut dikenali sebagai Naga.

Abang teksi, nak gi KLCC

Ambik ko hah...ambik!!

Main mercun kt bandar Kuala Lumpur

10. Just Cause 2


Just Cause 2
Segalanya bermula di sebuah pulau rekaan penerbit yang dikenali sebagai Panau yang terletak di Kepulau Melayu di sekitar perairan Laut Asia Tenggara. Pemain akan mengawal Rico Rodriguez, ditugaskan ke Pulau Panau (takder nama lain ke?) untuk membanteras satu persatuan yang cuba menjatuhkan kerajaan US dan sekutunya. Rico akan dibantu oleh tiga pasukan iaitu The Roaches, Reapers dan Ular boys.

Banyak perkataan Melayu (atau Indonesia) didapati di dalam Just Cause 2, seperti Ramai Rakyat Island, Lautan Lama Desert. Karakter NPC pula bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris juga. Setengah karakter juga mempunyai nama seperti orang Melayu, Razak Razman.

Agak-agak la. Manalah Asia Tenggara ada salji. hish.

Nah ko, aku meluncur dari kapal terbang. Ko ader?

Bangunan  di Panau. Sama macam KLCC.

Dah sampi puncak bukit.


No comments

Powered by Blogger.