10 PUING BERSEJARAH DI MALAYSIA

PUING (Bahasa Inggeris : Ruins)
Puing membawa maksud runtuhan arkitektual buatan manusia, yang dulunya berdiri kukuh, lama kelamaan menjadi runtuhan akibat ditinggalkan dan kurang penjagaan. Ia juga ditafsir sebagai arkitektual yang tidak sempurna (seperti tiada atap, dinding pecah, tangga runtuh) akibat kesan peperangan, bencana alam, atau fenomena semulajadi.

Dibawah adalah senarai 10 PUING BERSEJARAH DI MALAYSIA yang dahulunya merupakan sebuah arkitektual yang agong, megah dan berfungsi, yang akhirnya ditinggalkan menjadi runtuhan akibat dimamah usia. Namun begitu, kebanyakkannya telah dibaikpulih serta dipelihara dan dijadikan sebagai pusat pelancongan dan muzium.



10. Istana Raja Bersiong

Istana Raja Bersiong yang terbiar
Tahun : Diantara 1854 - 1879
Lokasi : Kepala Batas, Kedah
Dibina oleh : Raja Muda Kedah
Tujuan pembinaan : Istana Raja Kedah
Kondusi : Ditinggalkan terbiar

Istana terbiar yang berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas ini dikenali orang ramai sebagai bekas Istana Raja Bersiong. Namun begitu, ia bukanlah Istana Raja yang dikenali daripada episod Hikayat Merong Mahawangsa itu. Sebaliknya, istana itu adalah kepunyaan Tunku Dhiauddin Ibni Sultan Zainal Rashid atau dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.

Istana tersebut dibina Tunku Kudin selepas beliau dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor 1867.

Keunikan istana dua tingkat ini adalah kerana ia dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, yang dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya. Namun begitu, Istana ini terbiar usang dengan kawasan sekeliling ditumbuhi pokok dan semak-samun.


9. Kota Belanda

Kota Belanda
Tahun : 1670
Lokasi : Pulau Pangkor, Perak
Dibina oleh : Syarikat India Timur Belanda
Tujuan pembinaan : Pusat penyimpanan bijih timah Belanda
Kondusi : Dipelihara dan dijadikan pusat pelancongan


Pada tahun 1670, kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindi Timur Belanda sebagai pusat penyimpanan hasil bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara pihak Belanda memperolehi bijih timah itu telah menyerang dan membinasakan kota ini.

Selepas dimusnahkan dan ditinggalkan, pada tahun 1749 pihak Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawal di kota itu. Pada tahun 1779, Kota Belanda ditinggalkan oleh pihak Belanda yang mula mengalih tumpuan kepada sumber perdagangan rempah ratus di Maluku, Indonesia.


8. Bukit Melawati

Batu rata tempat untuk pemancungan di Bukit Melawati, Selangor
Tahun : 1782
Lokasi : Bukit Melawati, Selangor
Dibina oleh : Sultan Ibrahim
Tujuan pembinaan : Benteng pertahanan daripada Belanda
Kondusi : Dipelihara dan dijadikan pusat pelancongan


Bukit Melawati (atau Kota Selangor) di Kuala Selangor merupakan pusat pentadbiran dan lambang kekuatan kuasa Sultan Melayu pada lewat abad ke 18 dan awal abad ke 19. Ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim sekitar 1782 - 1826 sebagai benteng pertahanan daripada pihak Belanda. Selangor ketika itu berada disituasi penentangan diantara pihak Belanda dengan pemerintah Johor dan Riau,

Pada tahun 1784, Kota ini jatuh pada tangan pihak Belanda dan dinamakan "Altingsburd Fort". Namun begitu, pada Januari 1785, Sultan Ibrahim berjaya menawannya semula dengan serangan waktu malam bersama bantuan pahlawan dari Pahang dan kelengkapan perang dari Permatang. Ini merupakan kali pertama Sultan Melayu berjaya menawan semula sesebuah kota selepas ditawan penjajah asing.

Disekitar Bukit Melawati telah dijumpai pelbagai artifik lama termasuk kelengkapan pertahanan benteng kubu, ruang bawah tanah, menara api, kubur diraja, tujuh dinding, batu rata tempat pemancungan, 100 langkah tangga, dan meriam yang menghala ke arah Sungai Selangor.

7. Bukit Besi

Bukit Besi, Dungun
Tahun : 1916
Lokasi : Cemuak, Ulu Dungun, Terengganu
Dibina oleh : Syarikat Nippon Mining
Tujuan pembinaan : Lombong Bijih Besi
Kondusi : Ditinggalkan namun dipelihara


Sejarah nama Bukit Besi berlaku pada tahun 1916, dimana seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Kuhara yang datang ke Cemuak, Ulu Dungun mendapati lokasi berkenaan kaya dengan bijih besi. Pada permulaan, perlombongan bijih besi dilakukan secara kecil-kecilan dengan bijih besi diangkut menggunakan kereta tolak dan bot. Ketika itu, syarikat Kuhara Mining yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjalankan kegiatan perlombongan secara tidak rasmi itu.

Ia kemudian bertukar nama kepada Syarikat Nippon Mining dan diluluskan secara rasmi oleh kerajaan Terengganu. Pada tahun 1930, laluan kereta api dari Bukit Besi ke Dungun telah siap sepenuhnya, melancarkan lagi proses perlombongan dan pemunggahan bijih besi. Pada tahun itu juga, penduduk disekitar Bukit Besi mula meningkat kepada 6,000 orang penduduk dan terbentuklah sebuah Pekan baru yang dikenali sebagai "Bukit Besi".

Pengeluaran bijih besi akhirnya sampi kemuncaknya diantara 1936 - 1940 dan akhirnya mula lombong itu ditutup oleh Syarikat Nippon Mining pada tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke-2. Tiada perlombongan dibuat sekitar 1946-1949 akibat keadaan darurat dan tiada permintaan tinggi.

Pada tahun 1950an, syarikat British (EMMCO) mula mengambil alih bekas lombong itu selepas mendapat permintaan tinggi dunia. Untuk mendapatkan keuntungan besar secara cepat, EMMCO menggandakan pengeluaran bijih besi dengan menjalankan aktiviti perlombongan secara 24 jam tanpa henti kecuali hari Jumaat.

Kemuncaknya pada tahun 1970, syarikat EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong itu dan bekas lombong itu ditinggalkan sehingga sekarang. Bukit Besi menjadi antara lombong bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara.


6. Fort Cornwallis

Pintu masuk Fort Cornwallis di Pulau Pinang
Tahun : Lewat 1700an
Lokasi : Padang Besar, Pulau Pinang
Dibina oleh : Syarikat British India Timur
Tujuan pembinaan : Benteng pertahanan serangan Lanun dan Kedah Tua
Kondusi : Dipelihara dan dijadikan pusat pelancongan


Fort Cornwallis dibina oleh 'British East India Company' dan dinamakan sempena dengan nama Gavenor British di Bengal, India ketika itu, Charles Cornwallis. Ia dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan British di Pulau Pinang daripada serangan lanun dan kerajaan Kedah Tua.  Ia juga merupakan kubu pertahanan terbesar di Malaysia yang masih untuh sehingga kini. Sepanjang sejarah kubu ini, ia tidak pernah diserang oleh mana-mana pihak.

Pada 1786, kubu ini asalnya dibina dengan hanya mengunakan pokok nibong oleh Kapten Francis Light. Pada tahun 1804, selepas tercetusnya perang Napoleonik, pihak pelabur British di India mencadangkan kubu ini dibina semula dengan menggunakan batu bata.

Walaupun kubu ini asalnya dibina sebagai benteng pertahanan, namun begitu ia lebih dijadikan perkampungan dan pusat pertadbiran pihak British di Pulau Pinang. Antara peninggalan rumah yang masih ada di kubu berkenaan adalah kediaman Sir Edmond Standly. Selain itu terdapat juga gereja yang dibina pada tahun1799, menara api (menara api kedua tertua di Malaysia), deretan meriam dan tugu Francis Light.


5. Kota Kuala Kedah

Salah satu pintu gerbang Kota Kuala Kedah
Tahun : 1780
Lokasi : Pinggir Sungai Kedah
Dibina oleh : Orang-orang Melayu (Kedah Lama)
Tujuan pembinaan : Benteng pertahanan daripada serangan Siam
Kondusi : Dipelihara dan dijadikan pusat pelancongan


Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah senuah kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu. Ia dibina sebagai lambang kemasyuran pemerintahan Kedah Tua terdahulu dan juga sebagai benteng pertahanan daripada serangan Puak Siam. Proses pembinaannya bermula pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780. Kota Kuala Kedah terletak di pinggir Sungai Kedah.

Pintu besar Kota Kuala Kedah dibina ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II bermula pada Mei 1771 dan siap sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II pada 1780. Pintu besar tersebut dibina oleh tukang-tukang yang mahir dari India dengan seni binanya dipengaruhi oleh seni bina India dan Siam.

Setelah diambil alih oleh pihak Inggeris, satu lagi pintu gerbang empat segi dibina dengan menghadap ke arah jambatan Alor Melaka.

4. Kota Perang Pulau Pinang

Kota Perang Batu Maung, Pulau Pinang
Tahun : 1930
Lokasi : Bukit Batu Maung, Pulau Pinang
Dibina oleh : Tentera British
Tujuan pembinaan : Kem ketenteraan (British) & Kubu pertahanan dan Penyiksaan (Jepun)
Kondusi : Dipelihara dan dijadikan muzium
Kota Perang Batu Maung atau lebih dikenali orang ramai sebagai Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung merupakan kubu pertahanan yang di bina oleh Pihak British sekitar Oktober 1939 ketika Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah, kubu pertahanan ini jatuh ke tangan tentera Jepun pada tahun 1942 selepas satu pertempuran besar membabitkan lebih daripada 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu. Ramai anggota tentera British mati dan dijadikan tawanan oleh pihak Jepun ketika itu.

Tentera Jepun kemudiaannya menjadikan kubu itu sebagai tempat tahanan dan penyeksaan tentera British dan warga tempatan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada tahun 1945, sekaligus menamatkan Perang Dunia Kedua.

Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggalkan dan dibiarkan menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat mereka. Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun diabaikan, pada Oktober 2002, bekas kubu itu di jadikan Muzium Perang Pulau Pinang dan sekaligus menjadi muzium terbesar di Asia Tenggara.


3. Candi Lembah Bujang

Salah satu candi di Lembah Bujang
Tahun : 110 AD
Lokasi : Lembah Bujang , Kedah
Dibina oleh : Tidak diketahui
Tujuan pembinaan : Rumah ibadat Buddha-Hindu
Kondusi : Dipelihara dan masih dibuat kajian penyelidikan


Candi Lembah Bujang merupakan tapak penting yang bersejarah buat negara Malaysia. Dengan keluasan hampir 224 km, setakat ini ia merupakan puing paling tua di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Dengan penemuan ini, dipercayai terdapat satu pemerintahan Hindu yang agong telah bertapak di Tanah Melayu sejak 110 Sebelum Masihi lagi. Ada setengah artifik dan binaan yang ditemui berusia lebih daripada 2000 tahun. Terdapat lebih daripada 50 buah tapak candi (tempat ibadat agama Hindu-Buddha) telah dibongkari. Ahli kaji sejarah percaya, candi yang dibina adalah berasaskan batu dan kayu, namun akibat dimamah usia, hanya tapak candi yang masih dapat bertahan sehingga kini.

Sebelum 1970an, kajian telah dilakukan oleh arkeologi dari barat seperti H.G.Quaritch Wales, Dorothy Wales dan Alastair Lamb. Namun kini kajian telah diambilalih oleh kerajaan Malaysia dengan kajian yang dilakukan oleh UKM. Kajian dan pencarian candi dan artifik sejarah masih diteruskan sehingga kini.


2. Kellie's Castle

Koridor di dalam kawasan Kallie's Castle
Tahun : 1915
Lokasi : Batu Gajah, Perak
Dibina oleh : William Kellie Smith
Tujuan pembinaan : Rumah agam Willim Kellie sekeluarga
Kondusi : Dibaikpulih dan dijadikan muzium





Kellie's Castle terletak di Batu Gajah ini merupakan runtuhan rumah agam yang dibina oleh penguasaha ladang di Tanah Melayu yang datang dari Scotland, William Kellie Smith. Rumah agam ini dipercayai dibina oleh Kellie sebagai hadiah buat isteri dan anak lelakinya.

Pada tahun 1909, Kellie mula membina rumah agam pertamanya di Tanah Melayu (rumah asal Kellie's Castle) dan ketika itu ia dikenali sebagai "Rumah Kellas". Pada tahun 1915, selepas mendapat cahaya mata lelaki, Kellie mula merancang untuk membuat pinjaman wang bagi memperbesarkan Rumah Kellas itu dengan gabungan seni bina Scotland, Morish dan India. Seramai 70 orang juru bina dari India dibawa masuk ke Tanah Melayu bagi tujuan pembinaan rumah agam itu. Semua jubin dan batu-bata diimport khas dari India. Selain itu, Kellie juga merancang untuk membina lif dan padang tennis lengkap dengan dewan menari di tingkat atas.

Akibat pergolakkan wang dan jangkitan "Selsema Spanish" dikalangan jurubinanya, rumah agam itu gagal disiapkan pada waktunya. Kellie akhirnya  meninggal dunia pada tahun 1926 dan pembinaan rumah agam itu diberhentikan. Isteri Kellie yang merasa kesedihan diatas kejadian itu mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland bersama anak-anaknya, dan rumah agam itu ditinggalkan bertahun-tahun sehingga dipulihkan semula dan kini dijadikan muzium.



1. Kota A'Famosa

Kota A'Famosa, Melaka
Tahun : 1511
Lokasi : Banda Hilir, Melaka
Dibina oleh : Tentera Portugis
Tujuan pembinaan : Pintu Gerbang bagi Kubu Portugis



Kondusi : Dipelihara dan dibaikpulih

A Famosa ("The Famous/Terkenal" dalam bahasa Portugis) merupakan sisa peninggalan kubu Portugis di Melaka. Ia merupaka di antara runtuhan arkitektual Eropah tertua di Asia Tenggara. Sisa peninggalan yang popular di Kota Melaka ini merupakan pintu gerbang kubu yang masih berdiri teguh sehingga kini.

Pada tahun 1511, berlaku penaklukkan Kota Melaka oleh tentera Portugis, Afonso de Albuquergue. Afonso mengarahkan tentera Portugis untuk mebina tembok tinggi mengelilingi Kota Melaka dengan setiap penjurunya mempunyai menara serta lengkap dengan pertahanan. Kebanyakkan rumah penduduk Melaka ketika itu berada disebalik tembok tinggi ini. Pada tahun 1586, tembok itu dibesarkan lagi oleh tentera Portugis.

Selepas tentera Belanda berjaya menewaskan tentera Portugis, Melaka akhirnya bertukar milik kepada pihak Belanda yang kemudiannya mengubah struktuk asal pintu gerbang A Famosa dengan meletakkan Simbol "Dutch East India Company".

Kubu Melaka itu sekali lagi bertukar milik pada lewat abad ke 18, selepas pihak Belanda membuat satu perjanjian dengan tentera British. Pihak British tidak begitu berminat dengan tembok berkenaan maka pada 1806, ia diarah dirobohkan. Tembok yang mengelilingi Melaka itu hampir semua dirobohkan sehinggalah pada tahun 1810, Sir Stamford Raffles, yang meminati sejarah, mengarahkan pintu gerbang tembok berkenaan dikekalkan.

Kini yang tinggal hanyalah sebahagian tembok a Famosa dan pintu gerbangnya.


Video : 10 Puing Bersejarah di Malaysia






No comments

Powered by Blogger.