Tak cukup bajet untuk pergi oversea? Di sini pot pet info senarai pendek 12 lokasi seakan-akan berada di oversea tapi sebenarnya hanyalah di negara kita, Malaysia. Jom travel dengan saya!!
![]() |
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia |
Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan kompleks MATRADE dan Kompleks Kerajaan Persekutuan di Jalan Duta. Masjid ini dibina diantara 1998 hingga 2000. Ia terletak di kawasan seluas lima hektar dan dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada tahun 25 Oktober 2000.
Masjid ini dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong ke - 12, Tunku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Ia adalah masjid ke-44 dibina oleh kerajaan dalam had bandar. Masjid ini mampu menampung sehingga17,000 jemaah pada satu-satu masa.
Reka bentuk masjid ini banyak dipengaruhi oleh senibina Masjid Biru di Istanbul, Turki dengan gabungan seni Uthmaniyyah dan Melayu.
2. Kuil Kek Lok Si (CHINA)
![]() |
Kuil Kek Lok Si, Pulau Pinang, Malaysia |
Kuil Kek Lok Si ini menjadi salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Ia dianggap sebagai kuil Buddha terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Pagoda utamanya yang dikenali sebagai Pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah adalah rekabentuk Siam dan puncak pula seni bina Burma.
Kuil yang terukir indah ini memakan masa selama 20 tahun untuk dibina dan berkembang secara berterusan.
3. Batu Caves (INDIA)
![]() |
Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sebuahpatung berukuran 42.7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil masa 3 tahun untuk membina. Ia merupakan patung Dewa Muruga yang tertinggi di dunia.
4. Wat Mai Suwankiri (THAILAND)
![]() |
Wai Mai Suwankiri, Tumpat, Kelantan, Malaysia |
"The Dragon Boat" terletak di perkarangan kuil dan ia mempunyai empat naga sebagai penjaga dan bot tersebut dikelilingi air. Di tokong Siam tersebut terdapat patung Buddha berdiri di atas bumbung yang sering menjadi penghormatan oleh masyarakat yang beragama Buddha.
Tokong Siam-Buddha tersebut telah dibina lebih daripada seratus tahun yang lalu oleh tukang pakar dari Thailand. Selain itu, terdapat sebuah bangunan besar yang sangat cantik dan menakjubkan di perkarangan kuil iaitu Dewan Utama Wat Mai Suwankiri. Di dalam Dewan Utama tersebut pula terdapat mayat ketua sami yang telah diawetkan dan dijadikan paparan kepada pelancong.
5. Colmar Tropicale (PERANCIS)
![]() |
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Malaysia |
Perkampungan ini diinspirasi dari kampung sebenar, Colmar di Alsace, Perancis. Seni bina pula digabungkan antara seni bina kuno Perancis, Riquewihr, Turkheim dan Kaysersberg.
6. Cameron Highland (LONDON)
![]() |
Cameron Highland, Pahang, Malaysia |
Selain menjadi pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati di tempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman bersuhu dingin seperti teh, bunga-bungaan seperti bunga teluki dan strawberi
7. Japanese Village (JAPAN)
Terletak 3500 kaki dari aras laut, terletak sebuah taman buatan bertemakan Jepun, Japanese Village di Bukit Tinggi. Taman ini direka susun oleh seorang arkitek Jepun yang terkenal, Kaio Ariizumi dan dibantu oleh 22 tukang mahir yang diimport khas dari Jepun.
Japanese Village mempunyai tarikan sendiri kerana terletak ditengah-tengah hutan tropika dengan bersuhu dingin. Ia merupakan taman jepun yang pertama di tengah-tengah hutan tropika. Selain itu, terdapat juga Rumah Teh Jepun, Spa Tatami, Taman Botani, Restoran Jepun Ryo Zan Tei dan Ume Tatami Suite. Para pengunjung boleh memilih untuk menyertai Majlis Minum Teh (4 sesi setiap hari) dimana mereka akan diajar adat dan budaya meminum teh Jepun. Para pengunjung juga boleh menyewa kimono untuk sesi mengambil gambar.
8. Kundasang (NEW ZEALAND)
Kundasang adalah sebuah bandar di daerha Ranau, Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing lembah Kundasang. Kundasang merupakan sebuah pekan yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu yang indah dan terkenal dengan panorama yang indah dan suhu yang dingin. Majoriti penduduk di Kundasang adalah orang-orang Dusun, Cina dan Melayu.
Antara tarikan utama Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm yang terkenal dengan ladang lembu jenis Friesians yang diternak untuk tujuan tenusu. Ladang tersebut sering menjadi lokasi destinasi fotografi perkahwinan.
9. Melaka (NETHERLAND)
Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah merupakan bandaraya yang dijaga kelastariannya. Pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage) oleh UNESCO. Melaka menjadi titik pusat gabungan budaya diantara barat dan timur.
Melaka terkenal dengan makanan pedas dan berempah selain budaya Baba dan Nyonya (gabungan budaya Cina dan Melayu) yang satu-satunya budaya unik di dunia yang ada di Melaka. Sehingga hari ini, kebanyakkan adat-adat kuno berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan.
10. Pulau Sipadan (MALDIVES)
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera batu kapur di Malaysia dengan ketinggian 600 meter dari aras laut. Pulau ini juga terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara terbaik di dunia.
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik di dunia, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib terbaik di dunia. Pernah menjadi rebutan di antara Malaysia dan Indonesia, pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal masih dikekalkan sehingga kini.
11. Bukit Keluang (CAPE TOWN)
Bukit Keluang, satu lagi permata buat negeri Terengganu. Terletak di pantai timur Malaysia kira-kira 140 km ke utara Kuala Terengganu.
Tidak seperti destinasi pulau konvensional seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kombinasi unik gua dan pantai berpasir putih, Bukit Keluang memang mempunyai pandangan yang luar biasa boleh tawarkan. Di kaki bukit, putih pantai berpasir yang luas dan angin laut yang menenangkan membuat snorkeling, berkayak dan angin melayari satu aktiviti ideal. Selepas itu anda boleh menerokai gua yang ramai di seluruh. Ia sesuai untuk explorer baru sebagai laluan mudah untuk bergerak. Terdapat juga laluan yang betul di sekitar untuk meneroka bukit. A berjalan perlahan di sepanjang laluan seperti yang anda naik bukit meluaskan ufuk anda untuk pemandangan yang menakjubkan di sekeliling.
12. Pantai Klebang (SAHARA)
Japanese Village, Bukit Tinggi, Malaysia |
Japanese Village mempunyai tarikan sendiri kerana terletak ditengah-tengah hutan tropika dengan bersuhu dingin. Ia merupakan taman jepun yang pertama di tengah-tengah hutan tropika. Selain itu, terdapat juga Rumah Teh Jepun, Spa Tatami, Taman Botani, Restoran Jepun Ryo Zan Tei dan Ume Tatami Suite. Para pengunjung boleh memilih untuk menyertai Majlis Minum Teh (4 sesi setiap hari) dimana mereka akan diajar adat dan budaya meminum teh Jepun. Para pengunjung juga boleh menyewa kimono untuk sesi mengambil gambar.
8. Kundasang (NEW ZEALAND)
![]() |
Kundasang, Sabah, Malaysia |
Antara tarikan utama Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm yang terkenal dengan ladang lembu jenis Friesians yang diternak untuk tujuan tenusu. Ladang tersebut sering menjadi lokasi destinasi fotografi perkahwinan.
9. Melaka (NETHERLAND)
![]() |
Banda Hilir, Melaka, Malaysia |
Melaka terkenal dengan makanan pedas dan berempah selain budaya Baba dan Nyonya (gabungan budaya Cina dan Melayu) yang satu-satunya budaya unik di dunia yang ada di Melaka. Sehingga hari ini, kebanyakkan adat-adat kuno berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan.
10. Pulau Sipadan (MALDIVES)
![]() |
Pulau Sipadan, Sabah, Malaysia |
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik di dunia, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib terbaik di dunia. Pernah menjadi rebutan di antara Malaysia dan Indonesia, pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal masih dikekalkan sehingga kini.
11. Bukit Keluang (CAPE TOWN)
![]() |
Bukit Keluang, Malaysia |
Tidak seperti destinasi pulau konvensional seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kombinasi unik gua dan pantai berpasir putih, Bukit Keluang memang mempunyai pandangan yang luar biasa boleh tawarkan. Di kaki bukit, putih pantai berpasir yang luas dan angin laut yang menenangkan membuat snorkeling, berkayak dan angin melayari satu aktiviti ideal. Selepas itu anda boleh menerokai gua yang ramai di seluruh. Ia sesuai untuk explorer baru sebagai laluan mudah untuk bergerak. Terdapat juga laluan yang betul di sekitar untuk meneroka bukit. A berjalan perlahan di sepanjang laluan seperti yang anda naik bukit meluaskan ufuk anda untuk pemandangan yang menakjubkan di sekeliling.
12. Pantai Klebang (SAHARA)
![]() |
Pantai Kelebang, Melaka, Malaysia |
Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.
Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).
Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).
VIDEO : 12 Lokasi "Oversea Made in Malaysia"
No comments