12 TRADISI UNIK DI SELURUH DUNIA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Setiap ibubapa mengharapkan kelahiran 'orang baru' dalam keluarga. Pelbagai adat dan tradisi yang unik dikumpulkan di dalam senarai ini dalam menyambut kelahiran bayi, daripada adat ritual yang unik sehinggalah tradisi ibu yang pantang bersalin. Artikel ini disenaraikan oleh Natalie Umansky (Paraguay) dan diterjemahkan oleh PotPet.Info

1. Menyimpan Tali Pusat di dalam bekas kayu (JEPUN)
Tali pusat yang disimpan di dalam bekas kayu

Di Malaysia, apabila tali pusat dipotong daripada seorang bayi, ia akan ditanam. Namun berbeza di Jepun dimana tali pusat bayi akan disimpan.

Hospital di Jepun akan meletakkan tali pusat bayi di dalam sebuah kotak kayu yang disediakan oleh ibubapa atau pihak hospital dan ia akan diserahkan kepada si ibu atau waris ketika mereka keluar dari hospital kelak. Di dalam kotak tersebut akan diletakkan sebuah patung kecil dalam keadaan tidur dengan lengkap berpakaian Kimono.

Kimono tersebut boleh dilipat dan tali pusat diletakkan didalamnya. Tradisi ini dipercayai dapat mengekalkan hubungan yang baik diantara bayi dengan si ibu. Selepas seminggu kelahiran tersebut, bayi akan dibawa oleh waris atau si ibu ke Majlis Oshichiya dimana bayi tersebut secara rasminya diberi nama di depan Butsudan (Kuil Buddha)


2. Dodoi bayi di luar rumah (DENMARK & SWEDEN)
Tidurlah sayangku...tidurlah... mak dah penat ni
Adakah anda sanggup meletakkan bayi atau anak kecil anda diluar rumah dengan suhu membeku sehingga -5C? Bagi ibu-ibu di Denmark dan Sweden itu adalah satu rutin harian biasa buat mereka. Mereka percaya jika bayi dibawa keluar, udara dingin segar itu dapat membantu bayi untuk tidur dengan lebih nyenyak dan membantu penghadaman yang baik.

Bayi-bayi tersebut akan menghabiskan waktu tidur mereka di balkoni rumah manakala ibubapa mereka bersenang lenang di dalam rumah atau kafe-kafe dengan penghawa panas. Kebanyakkan pusat asuhan bayi di Sweden juga akan meletakkan bayi-bayi dibawah asuhan mereka diluar rumah. Mereka percaya membiasakan bayi dengan suhu yang dingin itu akan kurang cenderung untuk mendapat selsema.

Badan Kesihatan Kebangsaan Denmark juga bersetuju dan mengalakkan amalan ini. Sesetengah syarikat di Denmark juga mencipta alat penggera bayi yang digunakan oleh ibubapa ketika berehat di dalam rumah manakala bayi mereka ditinggalkan di luar rumah!


3. Kotak Kelahiran (FINLAND)

Kotak Kelahiran Baby. Ko ada??
Untuk 75 tahun, ibu-ibu mengandung di Finland akan dihadiahkan sebuah kotak oleh kerajaan. Ia adalah kotak permulaan untuk menyambut kelahiran bayi dengan lengkap mengandungi pakaian bayi, cadar dan mainan. Kotak tersebut juga direka khas untuk digunakan semula sebagai katil bayi.

Ibu-ibu akan diberi pilihan samaada untuk mengambil kotak yang lengkap dengan set permulaan itu atau wang tunai sebanyak 140 Euro (RM570). Idea asal kotak ini dicipta oleh kerajaan Finland untuk keluarga yang berpendapatan rendah pada tahun 1949 namun kini kotak ini diserahkan kepada semua ibu-ibu mengandungi di Finland tanpa mengira latar belakang. Wow!!


4. Bayi didodoikan di dalam bakul besar berhias (MESIR)

Bayi sekilo...bayi sekilo. Saper nak beli?
Di Mesir, terutama penduduk bandar, kehidupan dan nombor tujuh adalah saling berkait rapat. Ini kerana, pada hari ketujuh kelahiran, bayi akan disambut di dalam satu majlis penamaan yang dikenali sebagai Sabooh.

Pada majlis berkenaan, si ibu akan meletakkan bayi didalam sebuah bakul berhias dan digoyang secara lembut oleh si ibu. Tradisi ini dipercayai dapat membantu bayi berkenaan membesar dengan baik dan dapat mengharungi liku-liku kehidupan bila membesar kelak. Selalunya, bayi akan dipakaikan dengan pakaian baru berwarna putih.


5. Bayi memilih barangan untuk mengetahui masa depannya (ARMENIA)
Masa untuk memilih
Ibubapa di Armenia akan menyambut satu majlis yang dipanggil Agra Hadig apabila bayi mereka mula tumbuh gigi yang pertama. Mereka akan meletakkan bayi diatas lantai dengan dikelilingi barang-barang seperti tali pengukur, sudu, buku, pensel dan lain-lain.

Apa saja objek yang dipilih sendiri oleh bayi berkenaan adalah simbolik kepada masa depan mereka. Sebagai contoh, jika bayi berkenaan memilih pita pengukur, ini bermaksud dia akan menjadi arkitek atau juruukur bila dewasa kelak. Hurmmm...hanya masa menentukan kesahihannya.


6. Ibubapa bayi akan menghadiahkan telur dicelup pewarna merah kepada tetamu (CHINA)
Nah telur perisa sirap
Di China, apabila umur bayi cukup sebulan, satu majlis Bulan Penuh akan diraikan semperna lengkap satu bulan kehidupan bayi. Ia merupakan peristiwa penting bagi bayi yang baru lahir.

Pada hari ke-30 berkenaan, saudara-mara dan rakan-rakan akan berkumpul dan memberi rahmat kepada bayi. Ibubapa bayi berkenaan pula akan memberi telur berwarna merah kepada saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang hadir. Ia sebagai simbolik kepada proses perubahan kehidupan, kebahagian dan pemulaan hidup baru.


7. Tali pusat ditanam di satu lokasi khas dan pokok ditanam diatasnya (JAMAICA)
Chak-chak!!
Berdasarkan tradisi penduduk Jumaika, selepas ibu bersalin, tali pusat akan ditanam disebuah lokasi khas dan satu pokok akan ditanam diatasnya. Pokok disediakan oleh ibubapa atau waris bayi. Pokok itu akan dijaga oleh si ibu (dan seterusnya bayi bila besar kelak) dan menjadi simbolik kepada tanggungjawab kehidupan.


8. Bayi dilarang memijak tanah (BALI)
Whahaha..... 210 hari lagi baru boleh pijak tanam
Bayi-bayi di Bali tidak dibenarkan memijak tanah sehingga cukup 210 hari dari kelahiran mereka. Mereka percaya bayi yang baru lahir adalah dewa yang turun dari syurga yang suci dari segala dosa. Apabila bayi memijak tanah buat pertama kalinya pada hari ke 210, ia simbolik lintasan mereka di antara dunia manusia dan dewa. Pada hari berkenaan juga, bayi akan menjadi 'manusia' sepenuhnya.


9. Wang dan Bayi (TRINIDAD dan TABAGO)
Yahu.....den kayo
Di Trinidad dan Tobago, apabila tetamu datang melawat bayi, mereka selalunya meletakkan wang kertas di tangan bayi untuk membawa kemakmuran dan keberkatan. Selain itu, tetamu juga dilarang melawat bayi yang baru dilahirkan selepas waktu petang kerana dipercayai membawa nasib malang dan bayi akan sakit.


10. Dua Puluh atau Lebih Nama untuk Bayi (NIGERIA)
Ko jangan mengada-ngada nak letak nama anak aku Doraemon, peti sejuk,
Shin Chan ke apa-apa mengarut
Pada hari ketujuh kelahiran bayi perempuan atau hari ke sembilan bagi bayi lelaki, satu majlis kerahmatan dan menamakan bayi akan dilakukan. Si bayi dan ibu akan diberi minum air sebagai simbolik hidup tanpa musuh, minyak kelapa mebawa kelancaran hidup, Kola (sejenis kacang di Nigeria) untuk hayat yang panjang serta garam dan gula yang memberi kebahagiaan.

Selepas itu, bayi akan diberi nama. Nama si bayi akan disarankan oleh waris keluarga dan senarai nama terbaik akan disenarai pendekkan. Si ibu akan memilih nama yang terbaik (kadang-kadang mengabungkan 3 nama sekaligus) dan majlis diakhiri dengan jamuan dan doa.


11. Ibu menyediakan cenderahati bagi setiap tetamu yang datang melawat bayi (BRAZIL dan MEXIO)
Bayi I gegirl...so I pilih cenderahati warna pink gitew
Di Brazil, selepas si ibu bersalin, dia seterusnya harus menyediakan cenderahati kepada tetamu yang akan datang melawat kelak. Selalunya cenderahati yang disediakan adalah berskala kecil seperti gula-gula, magnet peti sejuk, buku tulis, pewangi dan sebagainya. Cenderahati disediakan pada bulan ke lapan sebelum kelahiran bayi.


12. Pantang dengan teknik SPA yang lengkap (MALAYSIA)
Set lengkap untuk ibu berpantang - visit my IG
Beruntung ibu-ibu di Malaysia. Semua sedia maklum, tradisi kita unik kerana selepas bersalin ibu-ibu akan berada dalam status berpantang selama 44 hari dimana mereka akan diurut ala-ala spa lengkap dengan bertungku dan herba asli. Selain itu, ibu yang baru bersalin dilarang melakukan kerja-kerja berat dan harus mengikut pantang larang tertentu sepanjang 44 hari itu.

Bunyi biasa bagi budaya kita, tetapi bagi senarai ini, golongan barat merasakan budaya berpantang bagi rakyat Malaysia sangat unik dan beruntung. Mereka meletakkan nombor paling atas bagi senarai Tradisi Unik Seluruh Dunia dalam menyambut kelahiran bayi.



No comments

Powered by Blogger.