12 HAIWAN PELIK YANG KITA TIDAK TAHU KEWUJUDANNYA

Ini bukan haiwan fiksyen, haiwan yang telah di Photoshop kan atau haiwan dari angkasa lepas. Semua ini adalah  haiwan spesis jarang diketahui kita dan wujud di Bumi ini!

Percaya atau tidak haiwan-haiwan ini telah lama wujud di Bumi namun tidak diketahui secara meluas akibat faktor populasinya yang kurang dan hampir pupus. Sesetengah haiwan yang disenaraikan disini adalah haiwan yang dulunya dianggap pupus namun ia dijumpai semula.

Mereka dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus dan dilindungi. Disini Pot Pet Info menyenaraikan 12 haiwan pelik yang mungkin kita tidak tahu kewujudannya.

1# Saiga Antelope
Saiga Antelope














Keunikan haiwan ini terletak pada hidung dan tanduknya

Saiga adalah sejenis spesies antelop yang terancam dan dulu banyak didapati di kawasan luas di Zon Eurasia (Sekitar kaki pergunungan Carpathian menuju je Dzungaria, Mongolia).

Mereka juga dapat ditemui di Beringian, Amerika Utara semasa era Pleistosen. Ia telah pupus di China, Mongolia, Moldova dan Romania akibat diburu secara meluas dan diikuti kawasan lain pada abad ke-18.

Kini, subspesies dominan (S.T.Tatarica) hanya dapat ditemui di satu lokasi di The Republic of Kalmykia, Russia dan tiga kawasan di Kazakhztan (Ural, Ustiurt dan Betpak-Dala). Manakala di Mongolia, hanya subspesies (S.T.Mongolic) sahaja yang masih wujud!


2# Patagonian Mara
Maras kelihatan seperti haiwan gabungan tikus, kancil dan arnab
Kelihatan seperti gambar yang telah di Photoshop kan diantara arnab, tikus dan kancil namun haiwan ini, Patagonia Mara sebenarnya wujud! Spesies ini dikategori dibawa keluarga tikus walaupun menyerupai seperti seekor arnab. Maras diiktiraf sebagai spesies tikus yang paling besar. Ia juga dikenali sebagai Cavy patagonia, arnab Patagonian atau Dillaby.

Maras adalah haiwan herbivour yang terancam dan tinggal secara berkelompok di kawasan padang terbuka di Argentina dan sebahagian besar Patagonia. Dari segi sejarah, Maras mula-mula dikesan wujud di tengah Utara Argentina sehingga ke Selatan Tierra del Fuego, Namun bilangannya kini merosot akibat aktiviti pemburuan untuk mendapatkan daging dan bulunya serta menghapusan spesies ini secara besar-besaran akibat merosakkan tanaman penduduk. Bulu Maras digunakan untuk membuat alas katil dan permaidani.

3# Shoebill
Digelar sebagai burung paruh kasut kerana keunikkan paruhnya
Shoebill (Balaeniceps rex) juga dikenali sebagai bangau kepala paus (Whalehead) atau burung paruh kasut (Shoebill) adalah spesies bangau yang jinak dan bersaiz besar. Ia mendapat gelaran sebagai Shoebill kerana paruhnya yang besar dan berbentuk seperti kasut. Sejarah kewujudan burung ini masih kabur namun dipercayai telah wujud sejak era zaman batu (ice age) lagi. Terdapat imej ukiran di Mesir tentang haiwan ini dan orang-orang Arab mengelarnya sebagai Abu Markub, yang membawa maksud, Si Kasut.

Kini spesies ini banyak dijumpai di sekitar Afrika yang beriklim tropika dan juga kawasan berpaya seperti di Sudan dan Zambia.


4# Okapi
Keunikan Okapi - gabungan Keldai dan Kuda Belang tetapi berada di bawah keluarga Zirafah
Okapi adalah spesies mamalia yang berasal dari timur laut Republik Demokratik di Afrika tengah. Walaupun Okapi lebih mirip seperti seekor keldai atau kuda belang, namun ia lebih berkait-rapat dengan keluarga Zirafah. Mempunyai leher yang panjang dan besar serta telinga yang fleksibel merupakan ciri yang unik buat Okapi. Bagi spesies jantan yang matang, Okapi selalunya mempunyai sepasang tanduk yang kecil.

Kesatuan Antarabangsa Pemulihan Alam dan Sumber Asli mengklasifikasikan Okapi sebagai haiwan yang hampir pupus akibat kemusnahan habitat semulajadinya kesan daripada pembalakan dan penempatan manusia dan ia perlu dilindungi. Okapi juga sering menjadi mangsa pemburuan haram. Pada tahun 1987, sebuah tempat pemulihan Okapi ditubuhkan bagi menjaga spesies unik ini.


5# Lamprey
Lamprey seperti makhluk asing dari siri fiksyen sains
Pernah menjadi viral kononnya Lamprey adalah spesies makhluk asing namun hakikatnya Lamprey adalah haiwan bumi yang seakan-akan keluar dari siri fiksyen sains. Juga dikenali sebagai Lintah Penghisap Darah, Lamprey mempunyai gigi kecil berlapis-lapis untuk menghisap darah mangsanya terutama ikan. 

Setakat ini sebanyak 38 spesies Lamprey telah berjaya diketahui namun hanya 18 spesies saja adalah parasit. Lamprey dipercayai haiwan vertebrata pra sejarah namun teori ini masih dikaji.


6# Blue Parrotfish
Blue Parrotfish dengan keunikan warna biru neo
Blue Parrotfish (Scarus Coeruleus) adalah spesies keluarga ikan Genus Scarus. Ia banyak dijumpai dikawasan terumbu karang perairan cetek Barat daya Laut Atlantik dan Laut Caribbean. 

Ikan ini mempunyai warna penuh biru neo dan tompok kuning dikepala. Setakat ini, tidak pernah ada spesies haiwan lain yang mempunyai warna biru neo seperti ikan ini. Ia digelar sebagai Parrot (Burung Kakak Tua) kerana mempunyai paruh seperti Parrot yang digunakan untuk mengais alga dan organisma kecil di batu karang. 

Walaupun ikan ini menjadi sasaran pemburuan haram, IUCN masih menyenaraikan spesies ini sebagai "Kurang Ancaman Kepupusan" kerana populasinya yang masih stabil.


7# Goblin Shark
Goblin Shark seperti seekor jerung yang disumpah
Jerung yang jarang ditemui ini juga dikenali sebagai "Fossil Hidup" (Living Fossil) kerana spesies ini adalah satu-satunya jerung dari keluarga Mitsukurinidae yang masih wujud dimuka bumi ini sejak 125 juta tahun lampau. Jerung Goblin ini mendiami di seluruh laut dengan kedalaman melebihi 100 meter (330 kaki). Pernah dikategorikan sebagai haiwan pupus, menemuan semula spesies ini menjadikan ia sebagai haiwan yang dilindungi. Dengan muka yang menakutkan, spesies ini sebenarnya tidak pernah menyerang manusia dan makanannya hanyalah ikan-ikan laut kecil.

8# Penis Snake
Rupanya yang menyerupai...ehem-ehem lelaki ini membuatkan ia dikenali sebagai Penis Snake
Dijumpai secara tidak sengaja oleh jurutera binaan di sebuah empangan di Amazon, Penis Snake (Atretochoana eiselti)  ini adalah sejenis Sesilia dan haiwan Amfibia yang menyerupai seperti cacing tanah, kerepok lekor Terengganu atau anatomi sulit lelaki.

Pertama kali dijumpai di Sungai Madeira, Amazon, penemuannya menjadi viral kerana ia merupakan spesies yang pelik dan jarang ditemui. Spesies ini dianggap hidupan akuatik dan amfibia kerana tidak mempunyai paru-paru dan bernafas melalui kulit. Penis Snake adalah haiwan buta dan mencari makanan bergantung pada deria bau dan sentuhan. Ia tidak berbisa dan seekor haiwan pemangsa dengan memakan ikan kecil, cacing dan haiwan invertebrata kecil seperti katak.


9# Glaucus Atlanticus
Glaucus Atlanticus kelihatan seperti haiwan ciptaan siri Pokemon
Juga dikenali sebagai Naga Biru (Blue Dragon), haiwan ini merupakan spesies biru lintah laut. Ia banyak dijumpai terapung di perairan hangat di kawasan tepian pantai seperti di Selatan Afrika, perairan Eropah, perairan Australia dan Mozambique. Walaupun kelihatan cantik, haiwan ini sangat berbahaya jika disentuh manusia. Ia akan menyebabkan kegatalan dan kesakitan melampau seperti sengatan obor-obor!


10# Indian Purple Frog
Dikenali sebagai Indian Purple Frog kerana warnanya dan hanya didapati di India
Hanya didapati di Selatan Barat India, katak berwarna ungu ini dikenali sebagai Indian Purple frog (Katak Ungu India) atau Pignose Frog (Katak Hidung Babi). Keunikan katak ini adalah warna ungunya yang menyerlah dan hidung panjang seperti babi.

Katak ini sukar ditemui kerana sepanjang hayatnya berada di bawah tanah dan akan keluar hanya pada musim mengawan.


11# Cantor
Cantor - Si Penyu yang tidak bercengkerang
Penyu Gergasi Bercengkerang Lembut Cantor (Pelochelys Cantorii) ialah seekor spesies penyu air tawar yang berasal dari Asia Tenggara. Ia dianggap sebagai penyu air tawar yang terbesar di dunia. Merupakan spesies penyu yang terancam, populasinya kian meruncing dan hilang pada abad ke-20 (namun ada laporan orang awam pernah melihat makhluk ini).

Spesies ini banyak menghabiskan masanya di darat dan kawasan berair seperti di sungai-sungai berarus pelahan dan kolam-kolam cetek. Namun ada juga laporan menjumpai spesies ini di kawasan perairan laut cetek. Banyak laporan penemuan spesies ini di selatan India, Bangladesh, Mymmar, Thailand, Malaysia, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Filipina dan Indonesia. Namun kini ia jarang ditemui akibat diancam kepupusan.


12# Narwhale
Narwhal diancam kepupusan akibat pemburuan haram tanduk 'Unicorn' nya
Keunikan Paus Narwhal adalah terletak pada tanduknya yang juga dikenali sebagai "gigi". Hanya ditemui di Artik dan Greenland, kewujudan haiwan ini pernah dianggap mitos seperti mitos Unicorn. Ia diancam kepupusan akibat pemburuan haram oleh orang-orang Inuit untuk daging dan tanduknya. Selain itu, perubahan iklim dunia juga menjadi faktor kepupusannya.


2 comments:

Powered by Blogger.