Berabad-abad lamanya, manusia cuba mencari rahsia untuk mencapai kehidupan abadi atau bahasa mudahnya "Immortal" dimana kita tidak akan meningkat usia, terus dalam keadaan muda dan bernyawa sepanjang hayat. Namun begitu, sehebat-hebat manusia pun tidak dapat menghalang diri daripada meningkat tua dan seterusnya mati.
Tahukah anda bahawa di dunia ini sebenarnya ada sesetengah haiwan tahu rahsia untuk hidup kekal abadi? Tiada usia tua buat mereka dan terus hidup sehingga beribu-ribu tahun. Spesies unik ini berjaya mengekalkan kehidupan mereka berabad lamanya di bumi dan menjadi misteri buat kita.....sehinggalah sampai satu masa jika kita membunuh mereka (ouch!!)
Dibawah Pot Pet Info menyenaraikan 6 Spesies Haiwan di Planet Bumi yang Immortal
#6 Penyu & Kura-kura
Penyu dan Kura-kura dipercayai telah wujud di bumu sejak zaman Pra Sejarah lagi |
Penyu dan Kura-kura merupakan spesies haiwan pra sejarah yang telah lama wujud di muka bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya. Kini, spesies ini semakin diancam kepupusan. Namun fakta menarik yang kita tidak tahu tentang haiwan ini adalah mereka sebenarnya mampu hidup berabad-abad lamanya!
Pada tahun 2006, seekor kura-kura berusia 200 tahun mati di Zoo London. Apabila para zoologist melakukan pembedahan terhadap bangkai haiwan berkenaan, mereka terkejut dengan apa yang mereka temui. Organ-organnya masih sihat dan bersifat seperti "berada di dalam keadaan organ ketika berusia remaja".
Secara biologikalnya, kura-kura dan penyu akan berhenti meningkat tua apabila mencapai usia 'remaja' dan akan terus kekal di dalam kondusi tersebut sehingga beratus-ratus tahun lamanya. Wow, awet muda!
Selain mempunyai organ yang kekal 'remaja', para pengkaji juga mendapati, kura-kura dan penyu juga mampu memperlahankan denyutan jantung mereka atau memberhentikan denyutan jantung jika mereka mahu. Menariknya, ia mampu hidup walaupun jantung berhenti berdenyut.
Para pengkaji percaya kura-kura dan penyu secara biologikalnya adalah haiwan yang hidup kekal abadi namun kini mengapa spesies ini diancam kepupusan?
Penyu dan kura-kura merupakan haiwan yang sangat jarang untuk mati akibat faktor usia melainkan faktor-faktor lain seperti jangkitan penyakit, tercekik akibat makan plastik sampah dilautan, diburu oleh pemburu haram, terperangkap di dalam jaring dan telur penyu dimakan secara berleluasan.
Yup, spesies ini semakin diancam kepupusan adalah disebabkan oleh sikap manusia sendiri
#5 Paus Bowhead
Paus Bowhead banyak ditemui di perairan dingin Alaska |
Paus Bowhead merupakan spesies ikan paus yang mempunyai bukaan mulut yang terbesar di dunia.
Pada mulanya, para haiwan percaya jangka hayat seekor Paus Bowhead hanyalah sekitar 60 - 70 tahun saja namun segalanya berubah pada tahun 2007 selepas sekumpulan pemburu orang asli Alaska menemui bangkai seekor paus Bowhead yang sudah berusia lebih daripada 200 tahun!
Pemburu tersebut menjumpai kepala peluru pepandu yang berusia 1890 di dalam perut ikan paus berkenaan. Para pakar haiwan percaya, paus tersebut telah menelan peluru kuno itu sejak 117 tahun yang lampau dan ini menjadikan paus tersebut berusia lebih daripada 117 tahun. Penemuan yang tidak sengaja itu merombak segalanya tentang jangka hayat Paus Bowhead sebelum ini.
Selain kepala peluru pepandu, mereka juga menemui tulang beruang kutub, tulang ikan jerung dan tulang seekor kuda (ntah daripada mana ia dapat cari kuda dalam laut) di dalam perut Paus Bowhead berkenaan. Oleh kerana habitatnya yang jauh di dasar lautan beku Artik, sesetengah pakar haiwan percaya mungkin terdapat lebih banyak Paus Bowhead yang hidup dibawa sana berusia lebih daripada 200 tahun dan bersaiz lebih besar daripada yang sudah ditemui manusia setakat ini.
#4 Bdelloid
#4 Bdelloid
Bdelloid adalah haiwan mikro yang mampu bertahan daripada sinaran radiasi yang tinggi |
Bdelloid adalah sejenis haiwan seni / mikro yang hidup di dalam air tawar dan masih mampu hidup bertahun-tahun lamanya jika berada di luar air. Itu belum cukup pelik lagi, spesies ini juga tidak mengawan seperti haiwan-haiwan lain sejak 80 juta tahun lampau kewujudannya. Masih dara you!
Tentu anda semua tertanya-tanya : Bagaimana spesies mereka kekal wujud sehingga kini?
Mereka merupakan haiwan licik yang mempunyai cara tersendiri untuk kekal 'hidup' iaitu dengan mencuri zat-zat daripada spesies haiwan lain.
Ramai para saintis percaya spesies bdelloid secara umumnya tidak boleh hidup lama (bukan haiwan kekal abadi) kerana mereka akan menjadi semakin 'lemah' dari masa ke semasa. Namun kelebihan yang ada pada spesies ini menyebabkan mereka dapat bertahan lama sehingga kini dengan bergantung hidup pada DNA haiwan lain. Apabila para saintis membuat kajian terhadap DNA Bdelloid, mereka mendapati seekor Bdelloid mempunyai 500 jenis DNA yang berbeza daripada 500 spesies haiwan yang berbeza. Susunan DNA yang berbeza ini dikenali sebagai genetic mosaic.
Apabila Bdelloid memerlukan penambahan DNA baru, mereka hanya perlu mencari mana-mana haiwan atau bangkai berhampiran untuk membentuk sel baru. Walaupun habitat asalnya adalah di dalam air tawar, si pencuri DNA ini juga mampu hidup di persekitaran kering selama bertahun-tahun lamanya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mampu bertahan daripada 1000 GY sinaran radiasi iaitu 250 kali lebih berbahaya terhadap manusia!
Masih belum pelik lagi, jika anda memotong Bdelloid kepada dua bahagian, mereka akan membentuk menjadi dua spesies Bdelloid yang berbeza! Bdellod juga adalah satu-satunya haiwan yang boleh hidup di luar bumi a.k.a di angkasa lepas. Wow, Super-Bdelloid !!
#3 Lobster
Lobster tiada usia limit tertentu dan sentiasa membesar |
Lobster atau Udang Galah merupakan makhluk hidupan laut seperti gabungan udang dan ketam. Apa yang menariknya tentang spesies ini adalah ia tidak akan meningkat tua, dan terus membesar dan membesar dan membesar. Tiada siapa tahu limit tertentu usia bagi seekor udang galah ini. Mereka akan sentiasa membesar sepanjang hayat mereka. Jadi tidak hairanlah jika anda memakan Udang Galah di restoren mewah yang sudah berusia lebih tua daripada moyang anda....pergh serammm...
Udang Galah akan sentiasa membesar dan hanya mati apabila kita selaku manusia membunuhnya untuk dimakan (Yum). Menurut The Guinness Book of World Record, pada tahun 1977 seekor udang galah terbesar yang pernah direkodkan berjaya ditangkap dengan seberat 44 paun dan 51.5 paun pada tahun 1926 di Maine. Tiada siapa tahu usia Udang Galah tersebut pada masa itu.
Fakta yang paling menarik tentang udang galah adalah mereka tidak akan menderita sakit atau menjadi semakin lemah kerana tua tetapi sebaliknya menjadi lebih "subur", bertenaga dan kuat. Mereka akan sentiasa bertukar kulit kerang (shells) apabila semakin membesar. Hurm... bagaimana agaknya saiz udang galah yang sudah berusia 700 tahun di bawah dasar laut sana? Glup
#2 Kerang
Kerang boleh hidup sehingga beratus-ratus tahun |
Selain Lobster, kerang laut juga merupakan salah satu spesies haiwan yang menjadi semakin membesar apabila usianya semakin meningkat. Pada tahun 1920-an, orang-orang asli di Amarika percaya kerang besar yang mereka temui di dasar laut Amarika berusia sekitar 500 tahun dan mampu membunuh manusia. Dakwaan itu diketawakan oleh orang-orang barat.
Namun apa yang didakwa penduduk asli Amarika itu benar selepas berlakunya satu tragedi memilukan pada tahun 1934 apabila seorang penyelam bebas dari Filipina terperangkap separuh badan diapit oleh seekor kerang gergasi ketika cuba untuk mengambil 14 kg mutiara di dalam kerang gergasi tersebut. Malang buat penyelam tersebut, dia akhirnya mati selepas ditemui penyelam lain.
Pada tahun 2007 pula, seekor kerang gergasi ditemui di dasar laut perairan Iceland dan disahkan berusia lebih 400 tahun! Para saintis masih tidak dapat memberi jawapan yang kukuh apakah faktor utama yang membuatkan kerang ini mempunyai jangka hayat yang panjang.
Kajian para saintis mendapati, ketika kerang mencapai tahan kematangan seksual, mereka akan mengeluarkan enzim di dalam badan mereka dan kekal stabil selama 150 tahun. Kerang juga mempunyai kemahiran dalam memperlahan proses pengantian sel sepanjang hayat mereka yang mungkin menjadi faktor untuk kekal hidup lama.
Para saintis percaya kerang adalah spesies yang mempunyai jangka hayat yang paling lama di planet Bumi ini sehinggalah satu spesies lain dapat mengatasi rekod si kerang.....
#1 Span Laut
Glass Sponge merupakan hiudpan yang paling lama di planet Bumi |
Anda mungkin mengenali span laut daripada siri kartun popular, Spongebob yang mempunyai bentuk seakan-akan span untuk membasuh pinggan mangkuk di rumah. Span laut ini dikenali sebagai Hexactinellid atau nama yang lebih dikenali ramai - Span Laut Kaca (Sea Glass Sponge) kerana sifatnya seperti kaca dan span.
Berapa lamakah jangka hayat mereka? Seratus tahun? Lima ratus tahun? Beribu-ribu tahun? Yup, span ini dianggarkan telah berusia hampir 15,000 tahun! Mungkin pada pandangan mata kasar anda, tidak mungkin spesies ini dapat hidup selama itu tapi itulah fakta yang diperolehi daripada para saintis.
Kerana ia mampu hidup selama berpuluh-puluh ribu tahun, Glass Sponge diiktiraf sebagai spesies hidupan yang paling lama hidup dimuka bumi ini.... lebih lama daripada ketamaduan manusia, lebih tua daripada pembinaan piramid dan masih bertahan sehingga kini. Glass Sponge banyak didapati di dasar laut China Selatan yang gelap, sejuk dan tenang
Oleh kerana sifatnya yang berlubang-lubang dan berjaring, ketika ditemui di dasar laut, terdapat banyak binatang seperti udang kecil terperangkap di dalam rongga Glass Sponge. Udang-udang ini dipercayai masuk ke dalam rongga Glass Sponge ketika bersaiz kecil dan membesar di dalamnya. Akibat itu mereka tidak dapat keluar dari Glass Sponge dan terpaksa makan, tidur dan mengawan di dalam Glass Sponge buat sepanjang hayatnya. Kasihan...
No comments