Rekaan fesyen berubah-rubah mengikut peredaran masa. Dalam masa itu, pereka-pereka fesyen cuba mencari idea segar dalam rekaan mereka bagi mencari satu rekaan yang akan menjadi ikutan suatu masa nanti. Oleh kerana terlalu 'advance' dalam mencari idea, sesetengah rekaan boleh dianggap mengarut dan tidak masuk akal, dari segi rekaan (design) mahupun harga. Anda nilailah sendiri berpadukan 10 Gaya Fesyen 2017 Yang Tidak Masuk Akal dibawah.
#1 JEAN TRANSPARENT (TOPSHOP)
Jangan cuba hina seluar Transparent I ini. I beli RM400 Oullsss |
Topshop yakin seluar ini akan menjadi ikutan (trending) bagi golongan muda dan amat sesuai digayakan pada musim panas. Rekaan ini bagaimanapun mendapat kecaman netizen di media sosial yang menganggapnya sebagai mengarut dan tidak masuk akal. Korang bayanglah jika kita memakai seluar ini di bawah panas terik. Mahu tak menjadi 'wap berstim' kat dalam. Huhuhu.
#2 JEAN BERLUMPUR (PRPS)
Jeans dengan rekaan "Lumpur Tiruan" - Maafkan kami, kami tak mampu pi Dobi |
Ia merupakan idea dan rekaan oleh PRPS. Mereka yakin rekaan unik ini akan menjadi ikutan bagi golongan muda, sama seperti penerimaan rekaan jean lusuh dan koyak yang pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu.
"Rekaan ini diilhamkan daripada pakaian lusuh oleh kebanyakan pekerja-pekerja di Amerika yang menjadi simbolik kepada ketekunan dalam bekerja. Anda perlu bangga dan tidak perlu malu dalam menunjukkan 'kekotoran'" jelas PRPS.
Anda nilai lah sendiri, berbaloi ke tak untuk jeans yang berharga RM1,800 ini. Beli je seluar jeans bundle, dan terjun ke dalam lumpur. Setel.
#3 BEG PASAR MALAM BALENCIAGA
Tepi-tepi semua. Akak nak pi menjual kat Pasar Malam ni. Mohon bagi laluan. |
Seakan tidak masuk akal harganya, daripada segi kualiti, beg ini mungkin menggunakan material yang mahal dan tahan lama. Tapi di mata ktorang, ia tetap nampak beg murah pasar malam yang berharga sekitar RM6 - RM10 tu (hehehehe, kasar tak?) Apa kata sister-sister kat luar? Nak beli tak 'handbag' mahal ni?
#4 BEG IKEA BALENCIAGA
Mana satu beg mahal dan bag Ikea? Ce teka |
Apa perbezaan ketaranya? - Harga. Bag Balenciaga dijual dengan harga USD2,145 (RM+8,000) manakala beg Ikea hanyalah USD0.99. Pihak Ikea pernah mengeluarkan kenyataan menyindir dengan merasa bangga dan kagum apabila beg murah Ikea itu menjadi inspirasi buat sebuah syarikat fesyen yang terkemuka.
#5 STOKIN GETAH UNTUK KASUT TUMIT TINGGI (GUCCI)
Stokin Getah Gucci - boleh dipakai ketika membajak sawah. Kompem tak der pacat. |
Stokin ini boleh dipadankan dengan mana-mana kasut tumit tinggi dan sesuai dipakai bagi menghadiri majlis-majlis keramaian. Netizen mula membanjiri laman web Gucci dan mengutuk rekaan ini dan mengelarkannya sebagai stokin paling buruk di dunia yang pernah dicipta (amboi, over sangat oullss)
#6 SNEAKERS KOYAK-RABAK (MAIZON MARGIELA)
Design teliti yang layak dimasukkan ke dalam tong sampah |
Ia direka teliti oleh seorang pereka Itali dengan menggunakan material mahal, dengan jahitan teliti gabungan kulit dan kain. Teliti sangat (Tangan dibahu, mata ke atas)
#7 JEANS PUNGGUNG TERDEDAH (VETEMENTS)
Jean untuk golongan yang selalu tercirit |
Rekaan ini dijual dengan harga USD1,800 (RM+7,000) sehelai. Sesuai dipakai bagi golongan yang kerap nak membuang di tandas. Tidak perlu membuka seluar lagi. kikikiki. Kalau semua bahagian nak didedahnya, baik tak yah pakai seluar terus.
#8 BEG TOTO (BALENCIAGA)
Bawa toto anda kemana saja. Nak tido, buka saja toto anda. |
Dengan harga jualan mencecah USD3,670 (RM+15,000) ia digelar sebagai "Beg Sampah" oleh peminat-peminat beg berjenama kerana mempunyai rekaan seperti beg toto yang berharga RM50 dan layak dibuang selepas dibuka. Apa yang tak kena lah dengan designer di Balenciaga ni oiii.
#9 JEANS PAKAI TERBALIK (BEN TAVERNITI)
Bila ko nak cepat, ko terlupa nak terbalikkan seluar Jeans ko. Dah jadi satu fenomena beb! |
#10 JEANS LUTUT PLASTIK (TOPSHOP)
Seluar jeans dengan bahagian lutut terdedah. Awas, tidak sesuai untuk pemakai yang lutut hitam berkurap. |
Casino Near Laurel, MD - Mapyro
ReplyDeleteCasino Near 여수 출장안마 Laurel, MD - See real-time driving directions to Casino Near 원주 출장샵 Laurel, MD, including road conditions 밀양 출장안마 and road 구리 출장샵 conditions – from 양산 출장마사지 Mapyro.