Planet Bumi dipercayai telah wujud sejak 4.5 billion tahun lampau, manakala manusia pula dipercayai mula-mula wujud dimuka bumi sejak 200,000 tahun yang lampau.
Pernah tak anda terfikir apa akan berlaku kepada Bumi jika tiba-tiba seluruh umat manusia lenyap?
Persoalan ini sangat popular dikalangan pengaji ketamaduan manusia dunia, saintis barat termasuk kita selaku penduduk manusia bumi. Hipotesis, analisis dan kajian telah dilakukan oleh saintis dunia bagi memberi gambaran tentang kehilangan umat manusia dan kesannya terhadap planet bumi untuk masa mendatang.
Segala infomasi dibawah dipetik oleh Pot Pet Info daripada sudutan siri National Geographic, Siaran televisyen (History Channel) - "Life After People", diterjemahkan dan diringkaskan bagi memudahkan para pembaca untuk memahaminya. Enjoy reading guys!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa jam kemudian....
Hanya beberapa jam saja selepas manusia lenyap, seluruh planet bumi akan mula bergelap.
Oleh kerana kebanyakkan stesen penjana kuasa elektrik diseluruh dunia menggunakan tenaga fossil fuel dan dikendalikan oleh manusia, ketiadaan manusia akan memberi kesan serta-merta kepada bekalan elektrik. Bukan setakat lampu sahaja, mesin-mesin yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga elektrik seperti lampu isyarat, mesin radiator, lif, keretapi elektrik dan sebagainya akan mula berhenti beroperasi dan tergendala.
Namun begitu, tidak semua kawasan di bumi akan bergelap apabila menjelang malam. Sesetengah kawasan mendapat bekalan elektrik secukupnya daripada panel sistem solar dan kincir angin.
Beberapa hari kemudian....
Selepas 48 jam tanpa penyelenggaraan, panel sistem solar dan kincir angin perlahan-lahan mulai rosak dan berhenti beroperasi. Ketika inilah bumi akan mula bergelap dan tanpa bekalan elektrik sepenuhnya. Makanan-makanan segar seperti buah-buahan, daging, roti dan susu mula membusuk dan berkulat (di tambahkan lagi dengan bekalan elektrik untuk peti sejuk terputus pada hari pertama)
Selepas 10 hari berlalu tanpa manusia, haiwan-haiwan peliharaan dan ternakan domestik akan mula kelaparan dan berdehidrasi (kekurangan air). Selain kelaparan, haiwan-haiwan ini akan jatuh sakit akibat kurangnya penjagaan kebersihan dan seterusnya akan mati. Mereka tidak mampu untuk hidup berdikari seperti haiwan-haiwan liar lain kerana bergantung hidup sepenuhnya pada manusia.
Terowong bawah tanah, kawasan parkir bawah tanah dan laluan keretapi bawah tanah mula dibanjiri oleh air perpaipan dan sistem kumbahan kerana tiada penyelenggaraan berkala oleh manusia.
Beberapa minggu kemudian....
Haiwan-haiwan peliharaan kacukan kecil seperti kucing parsi, anjing bulldog, anjing Terries dan sebagainya akan mulai mati dan pupus akibat tiada kemahiran untuk hidup berdikari di dalam persekitaran tanpa manusia.
Anjing-anjing besar yang kelaparan mula hidup secara berkelompok, menjadi liar dan bertindak agresif terhadap haiwan-haiwan kecil yang mungkin menjadi sumber makanan buat mereka.
Ketiadaan manusia disedari oleh haiwan-haiwan perosak (pest) dan scavenger seperti tikus, anai-anai, rakun dan musang. Spesies-spesies ini mula berani untuk keluar dari tempat persembunyian dan mendominasi kawasan-kawasan penempatan manusia.
Haiwan-haiwan ternakan domestik seperti lembu, kambing dan ayam menjadi sasaran yang mudah bagi haiwan-haiwan karnivour liar seperti anjing, musang dan serigala.
Beberapa bulan kemudian....
Menurut pendapat pakar saintis, sekiranya manusia lenyap lebih daripada tempoh beberapa bulan saja, letupan nukleur daripada pemanasan di kilang-kilang nukleur kemungkinan besar akan berlaku.
Akibat tiada pemantauan oleh manusia dan ketiadaan bekalan tenaga elektrik, air yang membantu menyejukkan sistem tenaga nukleur akan mula menyejat dan mengering mengakibatkan letupan nukleur yang kuat dan dashyat. Jika situasi itu berlaku, dikhabarkan ia akan menjadi letupan nukleur paling kuat di dalam sejarah manusia. Malah digambarkan lebih dashyat kesannya daripada tragedi letupan bom atom di Fukushima dan Chernoby.
Berjuta-juta haiwan dan tumbuhan akan mati akibat keracunan gas radiasi. Sungai-sungai pula akan dicemari oleh sisa-sisa pencemaran radiasi, membunuh hampir berjuta-juta haiwan marin dan haiwan-haiwan liar yang bergantung hidup dengan sungai tersebut.
Untuk tempoh beberapa bulan, gas radiasi beracun akan mendominasi bumi disesetengah kawasan yang berlakunya letupan itu.
Beberapa tahun kemudian....
Selepas hampir setahun berlalu, udara di bumi mulai pulih sepenuhnya daripada gas beracun radiasi. Bahan-bahan kitar semula seperti plastik dan tin aluminium akan memenuhi kawasan-kawasan terpencil malah menyebabkan laluan longkang menjadi tersumbat teruk. Tiada manusia, maka tiada tukang sampah yang akan datang mengutip botol-botol plastik ini.
Satelit yang mengelilingi bumi akan jatuh ke bumi akibat tiada kawalan dan pemantauan berkala daripada manusia lalu menghasilkan fenomena 'tahi bintang buatan manusia' (man-made meteor shower) besar-besaran di seluruh bumi.
Berpuluh-puluh tahun kemudian....
Selepas 25 tahun tanpa penjagaan manusia, bumi mula dikuasai kuasa alam (mother nature power). Bandar-bandar besar yang kita kenali seperti New York, London, Kuala Lumpur, Jakarta dan lain-lain akan mula ditumbuhi pokok-pokok liar.
Hampir 75% jalan raya di seluruh dunia akan ditutupi rumput liar dan tidak kelihatan lagi. Akibat pertumbuhan tidak terkawal oleh pokok-pokok liar ini, landskap bandaraya dan kawasan perumahan manusia kini bertukar menjadi hutan belantara.
Perubahan ekosistem ini menjadi habitat baru bagi haiwan-haiwan liar. Pertumbuhan semak-samuk dan pokok-pokok ini juga menyebabkan sesetengah bangunan akan runtuh akibat pautan dan bebanan akar-akar pokok yang menjalar.
Manakala bandar-bandar besar seperti Vegas dan Dubai akan kembali kepada landskap asalnya, padang pasir apabila diselaputi sedikit demi sedikit oleh debuan pasir yang tidak terkawal.
Beratus-ratus tahun kemudian....
Oleh kerana tiadanya pencegahan, pemantauan dan penjagaan oleh manusia, struktur-stuktur binaan besi besar seperti KLCC, Menara Tokyo, Menara Eiffel, jambatan gantung dan lain-lain akan mulai roboh disebabkan faktor semulajadi iaitu pengaratan.
Empangan yang menangkung air sebelum ini mulai retak dan pecah akibat tekanan yang berterusan. Kesannya menyebabkan bandar-bandar di bawah paras air akan ditenggelami air daripada benteng empangan yang pecah ini.
Oleh kerana kurangnya ancaman dan pencemaran yang dilakukan manusia, bumi kembali menghijau dengan kawasan yang dulunya merupakan bandar-bandar besar, kini mula didominasi oleh haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
Bumi mula melalui fasa pemulihan daripada segala pencemaran yang telah dilakukan oleh manusia. Udara akan menjadi lebih baik serta pencahayaan malam yang lebih jelas dan terang.
10,000 tahun kemudian....
Selepas 10,000 tahun berlalu, semua struktur binaan dan kesan kewujudan tamadun manusia di muka bumi ini akan lenyap sama sekali. Hanya beberapa struktur binaan manusia seperti Piramid di Mesir, Mayan Piramid, Tembok Besar China dan ukiran di Gunung Rushmore yang masih wujud dan utuh berdiri.
Jika suatu hari nanti Aliens datang ke bumi, struktur-struktur ini akan menjadi bukti penting tentang kewujudnya tamadun manusia di muka bumi suatu ketika dahulu.
Saintis percaya, binaan-binaan ini akan terus kekal untuk beratus-ratus tahun lagi.
No comments